Mila Jirin sasar bayar zakat RM1 Juta

Mila Jirin sasar bayar zakat RM1 Juta

PENYANYI dan usahawan, Mila Jirin meletakkan sasaran untuk membayar zakat perniagaan dan pendapatan sebanyak RM1 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Memetik laporan Berita Harian, Mila atau nama sebenarnya Nursyamila Jirin menyimpan hasrat itu selepas menyerahkan zakat sebanyak RM365,268.73 di Lembaga Zakat Selangor (LZS) melalui perniagaan yang diusahakan di Bizmilla Catering Sdn Bhd.

“Alhamdulillah, jika dihitung untuk semua 18 cawangan yang dimiliki Bizmilla Catering, pengeluaran zakat tahunan mencecah ratusan ribu, tapi tidaklah mencecah jutaan ringgit.

“Cuma sasaran saya untuk lima tahun akan datang ini adalah RM500,000 manakala dalam tempoh 10 tahun saya sasarkan RM1 juta untuk membayar zakat,” katanya.

Menurut pelantun lagu ‘Aku Lebih Tahu’ itu, sejumlah bayaran zakat yang dikeluarkan turut dibuat bagi membantu golongan rakan artis terutamanya yang menghadapi kesempitan hidup menerusi konsep wakalah seterusnya menghayati hikmah berzakat.

Wakalah bermaksud pengeluar zakat dilantik sebagai wakil bagi pihak LZS untuk mengagihkan sendiri zakat dengan pemantauan LZS berdasarkan kepada prinsip agihan zakat.

“Program ini (wakalah) selaras dengan program dari poket selebriti kepada poket selebriti yang diadakan hari ini dengan kehadiran 30 selebriti tanah air.

“Saya memanjat rasa syukur kerana Allah memberi rezeki kepada saya untuk dikongsi sesama rakan artis yang hadir,” ujarnya. Utv

Mila Jirin sasar bayar zakat RM1 Juta

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Video dakwa BCL, Tiko mabuk di kelab malam tular

Roy Azman, keluarga terbabit kemalangan,kereta rentung (Video)

Dolla dah hilang ‘Melayu’?

Babak ciuman, Hun Haqeem & Daiyan Trisha dikecam netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker