Bapa campak anak elak rentung

Bapa campak anak elak rentung

PAGOH: Tindakan pantas seorang bapa mencampak dua anak lelakinya menyelamatkan nyawa tiga beranak itu daripada rentung dalam kebakaran rumah kedai di Lenga, Bukit Kepong, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, Zamirul Suahimi, 30, mencampak Muhammad Firas Syahmi, 10, dan Muhammad Harith, 4, sebelum dua beradik itu disambut dua pekerja kilang yang menunggu van untuk ke tempat kerja.



Bagaimanapun, Zamirul yang terjun kemudian cedera di tangan akibat terkena zink selain melecur di telinga, mata dan mulut.

Menceritakan kejadian itu, isterinya, S’biha Bahari, 39, berkata beliau menghubungi suaminya beberapa kali namun tiada jawapan tetapi kemudian dua pekerja kilang terbabit menjawab telefon suami dan memaklumkan kedai makan milik pasangan itu terbakar.

“Suami dan anak tidur di kedai kerana dia akan masak juadah pagi.

“Saya pula tidur di rumah ibu tidak jauh dari kedai makan. Asap itu muncul dari kedai makan bersebelahan,” katanya di sini, hari ini.



S’biha berkata, suaminya dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

Sementara itu, Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Pagoh, Penolong Penguasa Mohd Fadli Ismail, berkata mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 5.10 pagi.

Katanya, seramai 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pagoh, Labis, Bukit Gambir dan Bandar Baru memadam kebakaran.

“Kebakaran itu memusnahkan 10 buah rumah kedai,” katanya. BH



Bapa campak anak elak rentung

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain



Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)



Cebisan mayat berselerak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker