Permohonan Najib cabar keputusan Jabatan Penjara didengar 11 Ogos

 

Mahkamah Rayuan menetapkan 11 Ogos untuk mendengar rayuan Najib Razak bagi mendapatkan kebenaran memulakan prosiding mencabar keputusan Jabatan Penjara yang menolak permohonannya untuk menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Peguam Persekutuan Ng Wee Li mengesahkan tarikh itu ketika dihubungi Bernama.



Prosiding pengurusan kes bagi rayuan itu dijalankan hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norshakinah Ahmad Kamarudin.

Pada 27 Okt 2022, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas perdana menteri itu untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Jabatan Penjara.

Hakim Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan bahawa permohonan Najib bersifat akademik susulan pembubaran Parlimen pada 10 Okt 2022 untuk membuka laluan kepada PRU15 yang berlangsung pada 19 Nov tahun lepas.

Hakim itu berkata melainkan dan sehingga pengampunan diberikan kepada Najib atau sabitannya dibatalkan selepas semakan kehakiman, tiada kemungkinan dia akan menjadi ahli parlimen semula sambil menambah bahawa undang-undang melarang mana-mana orang yang telah disabitkan daripada bertanding dalam pilihan raya.



Najib telah menamakan kerajaan Malaysia, Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara sebagai responden dalam permohonan yang difailkan pada 5 Okt tahun lepas.

Najib memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan Komisioner Jeneral Penjara yang tidak memberikannya akses kepada pegawai/pembantunya bagi tujuan kerja-kerja Parlimen, perundangan dan konstituen.

Dia sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 mengekalkan sabitan serta hukuman penjara dan denda RM210 juta terhadapnya yang didapati bersalah atas pertuduhan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

-Bernama



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang



Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker