Ali Puteh Akui Sukar Raih Pendapatan – “Saya Dibayar RM300 Sahaja”

Ditipu Syarikat & Persembahan Dibatalkan

Ali Puteh Akui Sukar Raih Pendapatan – “Saya Dibayar RM300 Sahaja”

Pelawak, Ali Puteh diarahkan Mahkamah untuk menjelaskan bayaran ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah gara-gara mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.

Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan memaklumkan bahawa dia akan menjelaskan bayaran yang ditetapkan mahkamah itu secara ansuran.



Bagaimanapun, balu kepada Allahyarham Abam Bocey itu tidak bersetuju sekiranya pihak Ali mahu membuat pembayaran ganti rugi RM60,000 itu secara ansuran.

Terkini, pelawak berusia 33 tahun itu mendedahkan bahawa isu dan kecaman yang terpalit dengan dirinya itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada kariernya.

Menurut Ali, dia sukar untuk menerima pendapatan sepanjang dua tahun ini lebih-lebih lagi apabila dia turut ditipu syarikat untuk menjadi duta ayam serta dibatalkan membuat persembahan pada saat akhir.

Bukan itu sahaja, dia turut menerima bayaran sebanyak RM300 sahaja pada tawaran kerja terakhirnya di mana dia terlibat dalam sebuah program mengaji Al-Quran.



Difahamkan, Ali turut mengakui dia terpaksa mengeluarkan wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 sebagai modal bisnes.

Saya jadikan modal untuk perniagaan daging. Kalau nak diikutkan, jumlah RM10,000 tu tak mencukupi, tapi saya buat ikut kemampuan saya.
Bagaimanapun, dia enggan menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya mengakui mungkin ujian yang diterima ini merupakan balasan tuhan terhadap dosa-dosa yang dilakukannya sebelum ini. Bn

Ali Puteh Akui Sukar Raih Pendapatan – “Saya Dibayar RM300 Sahaja”

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Viral perarakkan pemuda PAS dengan ‘lembing dan perisai’, Ketua Pemuda PAS cuba menjarakkan diri

Tergamak sungguh buang Quran dalam longkang



Mahathir perjelas kenapa beliau tak serah kuasa kepada Anwar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker