Taiyuddin Bakar tak kisah apa orang nak kata

Taiyuddin Bakar tak kisah apa orang nak kata

Pelakon Taiyuddin Bakar, 40, enggan mengambil pusing kritikan segelintir pihak yang mendakwa watak dilakonkan dalam filem Mat Kola tidak selari dengan imej Islamik dirinya.

Pelakon filem Apa Celop Toqq yang mula berhijrah sejak 2012 tidak kisah melakonkan apa sahaja watak asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan memesongkan akidah.



“Saya tidak kisah dengan cakap-cakap orang. Saya cari rezeki yang halal untuk sara keluarga.

“Sebagai pelakon, saya hanya melakonkan watak seperti dikehendaki skrip. Di luar, saya jadi Taiyuddin yang sudah berhijrah,” katanya.

Mengulas mengenai imej Islamik dirinya, Taiyuddin tidak menafikan ada penerbit dan pengarah takut mengambilnya berlakon dengan penampilan baharunya itu.

“Sebab itu, saya cuba pelbagai watak untuk buktikan kepada mereka supaya tidak nilai saya daripada segi penampilan. Contohnya, saya lakon watak Sutun, watak antagonis dalam filem Walid.



“Manakala, dalam filem Mat Kola, saya bawa watak pemuda yang agak nakal dan cuba memikat gadis idaman yang menjadi rebutan dua sahabatnya,” katanya.

Selain itu, melalui filem Mat Kola terbitan AA Success Pictures Sdn Bhd arahan Hafiz Nafiah, Taiyuddin mencabar diri bertutur dalam loghat Kedah bagi menghidupkan watak Mat Not.

Taiyuddin yang meraih trofi Pelakon Harapan Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-24, menerima tawaran penerbit Mat Kola kerana Hafiz tahu kredibiliti dirinya dalam bidang lakonan yang diceburi sejak 21 tahun lalu.

“Hafiz mahu saya berlakon dalam filem sulungnya itu. Saya anggap bertanggungjawab sebagai kawan untuk memberi sokongan kepadanya.



“Filem ini membuatkan saya rindu kepada arwah bapa mentua. Kami selalu bercakap dialog utara dan penggambaran filem ini di Alor Star, iaitu tempat biasa bagi arwah,” katanya. BH

Taiyuddin Bakar tak kisah apa orang nak kata

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga

Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024



Aishah nak cari lelaki berduit?

Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker