Penipuan pembekalan 28,000 tan beras bernilai RM100 juta dibongkar

Penipuan pembekalan 28,000 tan beras bernilai RM100 juta dibongkar

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya membongkar kegiatan penipuan sebuah syarikat pembekalan beras di Kedah yang menyebabkan berlakunya masalah pengedaran dan penjualan bahan makanan utama negara.

Menurut sumber, syarikat terbabit mendapat kontrak pembekalan beras daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri bagi pembekalan beras di Semenanjung Malaysia.



Katanya, kontrak pembekalan bernilai lebih RM100 juta setahun itu diperoleh kira-kira tujuh tahun lalu

“Berdasarkan kontrak tersebut, syarikat terbabit telah membuat pinjaman bank kira-kira RM30 juta sebagai pembiayaan projek itu beberapa tahun lalu.

“Pengarah syarikat berkenaan telah berpakat dengan seorang ahli lembaga pengarah syarikat milik kerajaan negeri untuk mengesahkan pembelian dan penghantaran sebanyak 28,000 tan beras setahun bernilai lebih RM100 juta, namun pembekalan tersebut tidak dibuat.

“Syarikat tersebut dikatakan telah menerima amaun kira-kira RM30 juta itu menerusi beberapa transaksi,” katanya.



Kata sumber itu lagi, suspek terbabit juga dikatakan telah mengemukakan dokumen yang mempunyai butiran matan palsu kepada pihak bank untuk proses permohonan pembiayaan pinjaman.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan berkaitan siasatan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. K Online

Penipuan pembekalan 28,000 tan beras bernilai RM100 juta dibongkar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Kak Lina ‘behave’ pada minggu ketiga

Putera Mateen, Dayang Anisha bakal berkahwin Januari 2024



Aishah nak cari lelaki berduit?

Pengarah JSJ Bukit Aman ‘basuh’ semua KBSJD, “jangan sanggup jual nyawa rakan sendiri” [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker