Yana Najib bertanding Exco Puteri UMNO

Yana Najib bertanding Exco Puteri UMNO

Anak kepada bekas Perdana Menteri, Nooryana Najwa Najib meluahkan hasratnya mahu bertanding sebagai Exco Puteri UMNO Malaysia pada pemilihan sayap parti itu, 11 Mac ini.

Perkara tersebut disahkan sendiri ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi menerusi hantaran di Facebook miliknya, semalam.



Menurut Mohd. Puad, hasrat anak perempuan Datuk Seri Najib Razak itu disuarakan ketika kunjungannya ke pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rengit semalam.

“Hari ini (semalam) Yana Najib datang berkunjung ke pejabat saya Pusat Khidmat ADUN Rengit di Taman Rengit.

“Beliau datang dengan Dr. Masliha calon Ketua Puteri UMNO Malaysia. Yana pula akan bertanding Exco Puteri UMNO Malaysia. Semoga maju jaya,” tulisnya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Nooryana yang juga ahli UMNO Lembah Pantai, dilaporkan aktif membantu parti berkempen di beberapa negeri termasuk Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Pahang dan Johor. K Online



Yana Najib bertanding Exco Puteri UMNO

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Senarai pemenang AJL37, Terus Hidup dinobat sebagai juara



Jahat atau tak, tunggu saja – Anwar

Isteri naik hantu, ganyang skandal suami tepi jalan raya [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker