Hishammuddin tegur anggota Kabinet dalam Dewan Rakyat

Hishammuddin hari ini menegur barisan Menteri Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan yang didakwanya seperti ‘tidak berminat’ dengan Belanjawan 2024.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein (BN-Sembrong) berkata, kehadiran anggota Kabinet di Dewan Rakyat khususnya sewaktu sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 menunjukkan seolah-olah mereka tidak peduli untuk mendengar perbahasan dan ia membimbangkan barisan Ahli Parlimen sepertinya.

“Saya di sini bukan untuk menuding jari kepada sesiapa, tetapi hanya memberi pandangan supaya kerajaan mesti dilihat sebagai pihak yang mampu memberikan harapan dan sandaran kepada rakyat.



“Letaklah diri di tempat mereka, rasai kesusahan dan fikirkan kebimbangan mereka. Bukan sekadar formula semata-mata.

“Insya-Allah, tindakan itu akan seiring dengan apa yang diperlukan dan diharapkan oleh rakyat,” katanya sewaktu bangkit membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 hari ini.

Kerajaan sebelum ini memperuntukkan RM393.8 bilion untuk Belanjawan 2024 iaitu belanjawan tertinggi yang pernah dibentangkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, daripada jumlah itu RM303.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus.



Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, beliau mengikuti pengumuman dan perancangan diumumkan Anwar, namun merasakan tiada tindakan segera dilakukan daripada barisan menteri.

“Sebagai contoh, beratus bilion berkaitan pelaburan langsung asing diumumkan, pelbagai MoU (memorandum persefahaman) telah ditandatangani bersama pelbagai negara dari pelbagai sektor antaranya telekomunikasi, keselamatan, tenaga, automotif dan banyak lagi.

“Namun apakah tindakan susulan yang telah dilakukan. Tindakan menteri-menteri tidak mencukupi jika hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial, tindakan mesti diperlihatkan dan rakyat merasai hasil tindakan tersebut,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nabil luah isi hati mengenai Elly Mazlein



Adegan panas dengan Zul Ariffin buahkan hasil – Siti Hariesa

Saya pakai singlet jer – Elisya Sandha



Ameera Khan bercinta dengan Meerqeen?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker