Cabut lari selepas isi minyak penuh tangki

Cabut lari selepas isi minyak penuh tangki

Memalukan, kalau tak mampu pakai kereta, jangan berlagak nak pakai kereta.

Itu antara reaksi pengguna laman Facebook selepas melihat sebuah klip video yang memaparkan aksi seorang pemandu kereta ‘melarikan diri’ selepas mengisi minyak di sebuah stesen minyak.



Difahamkan, pemandu kereta jenis Perodua Kelisa bertindak sedemikian bagi mengelak membayar minyak yang telah diisi ke dalam keretanya.

Menurut info di laman Facebook, aksi ‘nakal’ pemandu kereta itu berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) milik stesen minyak berkenaan dan difahamkan kejadian berlaku di sebuah kawasan di Bachok, Kelantan.

Susulan perkongsian tersebut, rata-rata pengguna laman sosial mengecam tindakan lelaki terbabit dan menyifatkan perbuatan itu sangat memalukan.

“Malu betul perangai orang macam tu, kalau dah tahu takde duit jangan pakai kereta, duduk rumah diam-diam,” kata Asraf Kota.



Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Shaikh Afeizal.

“Ade CCTV, ambil nombor ‘plate’ lepas tu buat laporan polis je orang macam ini, nak lari ke mana, esok lusa dapatlah tu.

“Lagipun pelik stesen minyak ini, bukan sepatutnya kalau nak isi minyak penuh kena bayar deposit dulu? Takkan tak bayar langsung?,”soalnya.

Pada masa sama, pengguna juga turut bersimpati dengan nasib pekerja stesen minyak berkenaan yang mungkin akan terpaksa membayar duit ganti rugi akibat kecuaian itu.



“Risiko pada pekerja, pekerja kena ganti, saya dah pernah kerja sebagai ‘cashier’, gaji tak lah banyak, lepas tu kena potong gaji lagi,” kata Suelan Ila. K Online

Cabut lari selepas isi minyak penuh tangki


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker