Tanah runtuh Cameron Highland, wanita maut tertimbus

Tanah runtuh Cameron Highland, wanita maut tertimbus

Seorang wanita tempatan maut akibat tertimbus dalam insiden tanah runtuh yang melanda rumahnya di Sungai Palas di sini hari ini.

Ketua Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Shahrul Nizam Nasir berkata K.Vijaya, 59, ditemukan anggota pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands pada 5.41 petang.

“Semasa kejadian, terdapat empat orang di dalam rumah tersebut. Seorang wanita telah tertimbus dan jengkaut telah digunakan untuk mengeluarkan mangsa.

“Sementara itu, seorang anak perempuannya berusia 29 tahun mengalami kecederaan disebabkan insiden berkenaan manakala suami mangsa dan seorang lagi anak perempuannya berjaya menyelamatkan diri,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata hujan lebat kira-kira dua jam sebelum kejadian menyebabkan berlaku pergerakan tanah di bahagian atas sehingga mengakibatkan sebahagian rumah mangsa roboh dan dihanyutkan air.

Katanya seramai 13 anggota dari BBP Cameron Highlands dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.30 petang. FMT

Tanah runtuh Cameron Highland, wanita maut tertimbus


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


TMJ salah tafsir kos – Faizal Azumu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker