Minta batal konsert Coldplay, apa beza dengan konsert Aina Abdul

Minta batal konsert Coldplay, apa beza dengan konsert Aina Abdul

Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice menyifatkan tindakan sebilangan pihak mendesak kerajaan membatalkan konsert kumpulan Coldplay yang dijadualkan berlangsung esok sebagai tidak rasional.

Katanya, banyak lagi cara lain boleh dilakukan sebagai alternatif menunjukkan solidariti terhadap situasi dilalui rakyat Palestin, bukannya terus menolak kemasukan artis antarabangsa.



“Apa beza Coldplay dengan konsert Aina Abdul contohnya? Kenapa Aina Abdul tak ada siapa yang desak untuk batalkan.

“Apa beza juga dengan persembahan Aliff Aziz dalam program Gegar Vaganza (GV)? Bagi saya dua-dua itu adalah hiburan,” katan Caprice, 35, menerusi perkongsian dalam Instagram.

Pada masa sama, pemilik nama sebenar Ariz Ramli itu berharap masyarakat Malaysia lebih matang apabila mengulas isu Palestin walaupun mahu bersolidariti.

Baginya, industri hiburan juga perlu berlangsung seperti biasa kerana itu juga punca pendapatan penggiatnya.



Katanya, dia yakin hiburan ini bukan satu kesalahan kerana masing-masing masih boleh menzahirkan doa dan berkongsi bahan kandungan mengenai situasi di Gaza menerusi laman sosial.

“Palestin sudah melalui peperangan lebih dari 75 tahun sebelum kita lahir lagi. Kalau kita nak tunjuk hormat, bersolidariti, saya rasa ada banyak lagi cara lain boleh dilakukan daripada nak suruh kita jangan berhibur atau jangan tengok hiburan.

“Contohnya banyakkan berdoa, bersedekah, kongsikan informasi atau maklumat mengenai Palestin, boikot produk yang membantu mereka dan macam-macam lagi.

“Tapi kalau orang nak kita tak ada hiburan sebagai tanda hormat, baik tutup Astro, Tik Tok, pawagam, radio, Facebook dan Spotify misalnya sebab dalam platform ini ada hiburan,” ulasnya.



Dijangkakan, seramai 85,000 penonton bakal memenuhi stadium bagi menyaksikan persembahan band tersohor asal United Kingdom yang dibarisi Chris Martin, Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion.

Demam konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur sejak pengumuman penganjur Mei lalu mencetuskan polemik apabila ramai meminta konsert ini dibatalkan terutama sebagai tanda sensitiviti terhadap konflik berdarah di Palestin. K Online

Minta batal konsert Coldplay, apa beza dengan konsert Aina Abdul

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel



Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker