Biden atau Trump, AS tetap akan ada presiden tertua

Biden atau Trump, AS tetap akan ada presiden tertua

Tak kira sama ada Joe Biden atau Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) pada tahun depan, AS tetap akan mempunyai pemimpin tertua dalam sejarah negara itu.

Pilihan Raya Presiden AS dijangka diadakan pada November tahun depan.



Ketika usia dan kapasiti kepimpinan Biden diperhatikan dan dinilai secara lebih luas, kesilapan dilakukan calon presiden dari parti Republikan juga menjadi tumpuan ramai.

Malah, pencabar bekas presiden itu turut mengingatkan para pengundi bahawa Trump sendiri juga tidak begitu muda.

Beberapa rakaman video memaparkan hartawan berusia 77 tahun itu yang tergagap ketika bercakap atau kelihatan lemah disiarkan oleh pasukan kempen Ron DeSantis di media sosial.

Gabenor Florida yang berusia 45 itu, kini mendahului pencabar Trump dari parti Republikan dalam tinjauan pendapat di kebanyakan negeri.



Dalam pada itu, pasukan kempen Biden pula dikatakan tidak berpuas hati ketika perhatian tertumpu pada calon pemimpin tua yang lain.

Dilaporkan, Biden menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-81 hari ini.

Usia presiden menjadi isu yang rancak diperdebatkan semasa penggal kedua Ronald Reagan pada tahun 1980an.

Malah, pada ketika itu, beberapa pemerhati membuat spekulasi kononnya pemimpin itu seolah-olah menunjukkan tanda mengalami masalah kesihatan mental.



Beberapa tahun selepas Reagan menamatkan tempoh penggalnya pada usia 77 tahun, beliau didapati menghidap penyakit Alzheimer.

Pada 1994, bekas presiden, Jimmy Carter menerusi artikelnya disiarkan di Jurnal Persatuan Perubatan Amerika, memberi amaran mengenai bahaya dihadapi AS sekiranya seseorang presiden menghidap `penyakit saraf’ yang mampu mengurangkan kapasiti kepimpinan mereka.

Kempen DeSantis juga semakin membangkitkan umur Trump dan kesilapan dilakukannya.

“Jawatan presiden bukanlah pekerjaan bagi individu yang berumur 80 tahun,” jelas DeSantis. Utusan



Biden atau Trump, AS tetap akan ada presiden tertua

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah



‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel

Rusdi Ramli, Sharon berpisah?



Nak maki sampai bila – Ali Puteh

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker