Altimet ‘bertempur’ satu lawan satu di DUN Lembah Jaya

AMPANG: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, 12 Ogos ini.

Pegawai Pengurus PRN DUN N20 Lembah Jaya, Zafrul Fazry Mohd Fauzi mengisytiharkan keputusan penamaan dua calon yang sah bertanding di kerusi berkenaan, pada jam 10.25 pagi di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Dato’ Ahmad Razali di sini, hari ini.

Tumpuan pastinya terarah pada calon PH iaitu artis rapper terkenal, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet.



Altimet, 45, membuat kejutan apabila diumumkan bertanding kerusi itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Altimet akan berdepan dengan calon PN Sharifah Haslizah Syed Ariffin yang juga Ketua Penerangan PAS Ampang.

Sementara itu, di lokasi sama, Pegawai Pengurus PRN Bukit Antarabangsa, Dr Ani Ahmad mengumumkan tiga calon bertanding di kerusi itu.

Mereka ialah Melanie Ting dari Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Sasha Lyna Abdul Latif (PN) dan calon PH, Mohd Kamri Kamaruddin.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun



Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker