Jururawat tekan ‘like’ dapat RM5, tapi rugi hampir RM390,000

Jururawat tekan ‘like’ dapat RM5, tapi rugi hampir RM390,000

KUANTAN: Seorang penyelia jururawat kerugian RM387,035 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan secara dalam talian yang menawarkan bayaran lumayan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan, wanita berusia 46 tahun yang bekerja di luar negara itu menerima pesanan melalui aplikasi WhatsApp menawarkan kerja sambilan terbabit pada 11 September lalu.



Katanya, dengan hanya menekan butang ‘like’ di aplikasi Instagram yang diberikan, mangsa ditawarkan komisen sebanyak RM5 bagi setiap tugasan.

“Selepas berjaya menyelesaikan lima tugasan, mangsa menerima wang komisen berjumlah RM25.

“Mangsa kemudian ditawarkan satu tugasan prabayar dengan membuat pembayaran dan menerima keuntungan lebih tinggi.

“Mangsa hanya tersedar selepas membuat 36 transaksi berjumlah RM387,035 kepada 21 akaun dalam tempoh 13 hari mulai 11 September lalu.



“Siasatan mendapati mangsa menggunakan wang simpanan sendiri, pinjaman rakan dan ahli keluarga untuk semua transaksi yang dibuat. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Yahaya menasihati masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui laman media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.

Beliau berkata, orang ramai perlu membuat semakan nombor akaun yang diterima bagi pada pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dulu sebelum membuat sebarang transaksi bagi mengelak ditipu. BH

Jururawat tekan ‘like’ dapat RM5, tapi rugi hampir RM390,000



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas



Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu



Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker