Dicabul pempengaruh popular, Serene kesal dituduh dahaga perhatian

Dicabul pempengaruh popular, Serene kesal dituduh dahaga perhatian

Pelakon, Serene Claire terpaksa mendiamkan diri selama beberapa bulan kerana trauma menjadi mangsa gangguan seksual seorang Youtuber terkenal.

Dakwa Serene, pempengaruh yang namanya dirahsiakan itu memberi alasan ingin menggambil swafoto bersama sebelum tiba-tiba menyentuh bahagian dada Serene.



Merasakan perkara itu keterlaluan, Serene berkongsi pengalaman buruknya di media sosial dan meminta wanita untuk berhati-hati. Perkongsiannya tular dan ramai mendedahkan pernah menjadi mangsa.

“Saya akui trauma sehingga terpaksa berdiam diri dalam masa beberapa bulan. Media mencari saya tetapi saya pilih untuk berdiam diri kerana bimbang pelaku menyerang saya dan keluarga.

“Dalam masa sama, ada produk batalkan kerjasama kami. Mereka anggap perkongsian saya itu sebagai reputasi buruk,” dakwanya.

Namun begitu, pemenang tempat kedua Miss Universe 2020 itu mengakui kecewa kerana ada pihak yang mempertikaikan pemdedahannya selain menuduhnya segaja mencari publisiti murahan.



“Saya terkejut dalam zaman moden ini wanita masih didiskriminasi dan ditindas sedangkan saya bersuara untuk mempertahankan hak mangsa.

“Ada pihak yang menuduh saya sengaja memuat naik luahan dalam laman sosial kerana inginkan perhatian.

“Ketika itu saya buntu dan jujur saya tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tujuan saya buat demikian supaya wanita lain berhati-hati malah dalam hantaran itu saya tidak sebut pun nama sesiapa,” katanya.

Merasakan pemahaman mengenai gangguan seksual dalam masyarakat masih berkurang, aktres itu kini lebih lantang bercakap tentang kesedaran tentang hak asasi wanita.



“Selepas kejadian tersebut, saya mencari pertubuhan wanita untuk bekerjasama dengan mereka bagi memperjuangkan hak wanita.

“Saya memang berminat untuk berkerjasama dengan mana-mana badan yang memperjuangkan hak asasi wanita supaya lebih ramai yang berani tampil bersuara,” tutur gadis asal Johor Bahru itu. Utusan

Dicabul pempengaruh popular, Serene kesal dituduh dahaga perhatian

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

MP Ketereh merungut sedekah kematian pakai duit sendiri

Aku sondol laki orang sampai naik pelamin (Video)



Mat Saleh bengang Malaysia ‘rosakkan’ deria rasanya (Video)

Mondy dakwa Ebit Lew kotor



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker