Guru sekolah agama di Kelantan disyaki cabul pelajar tingkatan dua

PETALING JAYA: Polis menahan seorang guru sekolah agama di Kuala Krai, Kelantan bagi membantu siasatan kes cabul pelajar perempuan Tingkatan Dua.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun, suspek berusia 36 tahun ditahan pada 2.30 petang semalam selepas mangsa membuat laporan pada hari sama.

Katanya, suspek dikatakan melakukan perbuatan itu sebanyak tujuh kali pada 2020 sehingga Januari tahun lalu.



“Menerusi laporan yang dibuat, mangsa ketika itu berusia 14 tahun mengatakan pada Mac 2020 ketika berada di hadapan Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK), mangsa terserempak dengan gurunya.

“Guru terbabit kemudian memaksa mangsa masuk ke dalam keretanya dan meraba badan serta mencium mangsa beberapa kali,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Zaki berkata mangsa turut diganggu oleh guru itu dengan gambar lucah yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp selain pernah diraba dan dicium di makmal sains sekolah itu tahun lalu.

“Susulan laporan dibuat mangsa, pihak polis menahan suspek iaitu guru Matematik dan Sains, petang semalam.



“Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek negatif dadah dan direman lima hari sehingga 7 Jun ini untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Annuar Musa akui ‘ingkar’ pada kehendak Pengerusi BN

Ajal Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit, Dua Maut Di Rempuh Lori [VIDEO]



 

Glamor, nama sahaja tak cukup, Norman takkan masuk politik



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker