Nuha, Naufal naik pelamin?

Nuha, Naufal naik pelamin?

Pasangan duet lagu Casablanca, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen di akaun Instagram masing-masing apabila memuat naik sekeping foto mengenakan busana perkahwinan berwarna putih.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik semalam, kedua-dua selebriti itu mendedahkan 24 September ini dilaporkan bakal menjadi hari terpenting mereka.



Meninjau ke ruangan komen, peminat seakan-akan terkejut dengan perkongsian itu dan berteka-teki adakah pasangan itu sudah atau bakal mendirikan rumah tangga.

Malah pasangan itu turut dihujani ucapan tahniah daripada pengikut.

Persoalan status pasangan itu turut mengundang tanda tanya oleh peminat dari Indonesia yang mahukan kepastian berhubung foto baju pengantin yang dikongsikan.

“Aku kira cuma pasangan nyanyi aja.. Pasangan hidup juga (Saya fikir mereka sekadar rakan artis, tapi pasangan hidup juga).



“Kalian sangat secocok. “Tolong jadi kenyataan. Sama padan.

“Selamat pengantin baru,” komen pengikut di Instagram Nuha.

Dalam masa sama, terdapat juga pihak yang mendakwa foto yang dimuat naik adalah gimik untuk melancarkan single lagu baharu selepas kejayaan Casablanca yang berjaya meraih lebih 20 juta tontonan di YouTube.

Sementara itu, Harian Metro cuba menghubungi Nuha dan Naufal bagi mendapatkan komen berkenaan foto yang dimuat naik, namun panggilan dan mesej tidak dibalas. HM



Nuha, Naufal naik pelamin?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi



Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy

Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker