Nama Bangkok Secara Rasmi Ditukar Menjadi Krung Thep Maha Nakhon

Nama Bangkok Secara Rasmi Ditukar Menjadi Krung Thep Maha Nakhon

BANGKOK: Pejabat Diraja Thailand (ORST) mengumumkan penukaran nama rasmi ibu negaranya, dari Bangkok menjadi Krung Thep Maha Nakhon. Bagaimanapun, nama Bangkok masih digunakan, lapor agensi berita Bangkok Post.

Kabinet pada Selasa meluluskan draf pengumuman Perdana Menteri berkenaan kemas kini nama negara-negara, wilayah, zon pentadbiran dan ibu negara, seperti yang disyorkan ORST.



Nama rasmi baharu, Krung Thep Maha Nakhon, masih belum diguna pakai selagi tidak diteliti jawatankuasa yang menguruskan semua draf undang-undang. Kabinet juga akan meminta panel jawatankuasa tersebut untuk mempertimbangkan pemerhatian lanjutan daripada Kementerian Luar.

Draf pengumuman ORST itu menyatakan Krung Thep Maha Nakhon akan menjadi nama rasmi bagi ibu negara Kerajaan Thailand. Bagaimanapun, nama Bangkok masih kekal sebagai sandaran rujukan.

Dalam pengumuman yang sama, ORST turut mengemas kini ejaan untuk merujuk kepada ibu negara Itali, Rom; ibu negara Myanmar dari Yangon ke Nay Pyi Taw; dan mengubah nama Neplk kepada Republik Persekutuan Demokratik Nepal.

Timbalan jurucakap kerajaan, Ratchda Dhanadirek pada Rabu memberitahu, tidak banyak yang berubah apabila nama baharu itu diperkenalkan.



Nama Thai, Krung Thep Maha Nakhon, hanya akan digunakan sebagai nama dan urusan rasmi bandar raya itu, sementara nama Bangkok masih ditulis dalam kurungan sebagai rujukan.

Di laman Facebook ORST, juga dinyatakan bahawa kedua-dua nama itu – Krung Thep Maha Nakhon dan Bangkok, boleh digunakan. Penjelasan itu dibuat selepas pengumuman perubahan itu mengundang kritikan awam.

Bangkok telah digunakan secara rasmi sejak November 2001 di bawah pengumuman ORST. Ia berasal dari kawasan lama Bangkok, yang kini merupakan sebahagian daripada wilayah metropolitan raya ibu negara, Bangkok Noi dan daerah Bangkok Yai. Berdasarkan sejarah, nama itu sudah diguna pakai sejak lama.-AA

Nama Bangkok Secara Rasmi Ditukar Menjadi Krung Thep Maha Nakhon



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri

Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker