Pesakit mental tetak ibu tiri hingga putus leher

Pesakit mental tetak ibu tiri hingga putus leher

Seorang wanita ditemui mati dengan leher terputus selepas dipercayai ditetak anak tirinya menggunakan parang dalam kejadian di Kampung Dalam Senduk, Jerek di Gua Musang, Kelantan, hari ini.

Mayat mangsa berusia 54 tahun ditemukan di ruang tamu rumahnya dan dipercayai dibunuh pada jam 4.55 petang.



Ketua Polis Daerah Gua Musang, Sik Choon Foo berkata, suspek berusia 39 tahun yang juga pesakit mental selain penagih dadah itu tampil ke balai polis menyerah diri selepas kejadian terbabit.

“Suspek hadir di Balai Polis Bertam sebelum memaklumkan dia sudah membunuh ibu tirinya di rumahnya menggunakan parang.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian kemudiannya ditemukan seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah dengan leher terputus akibat tetakan.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan pihak polis turut merampas parang dipercayai digunakan suspek di lokasi kejadian,” katanya menurut laporan Harian Metro.



Beliau berkata, mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kita masih menyiasat punca kejadian sama ada berlaku pergaduhan atau sebaliknya,” katanya. FMT

Pesakit mental tetak ibu tiri hingga putus leher


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SPRM tahan pengarah jabatan lulus tiket penerbangan anak isteri

Khemah kenduri kahwin halang pintu rumah jiran



Twin Jets Resort Berkonsepkan Kapal Terbang Bakal Dibuka Tak Lama Lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker