Biodata Masya Masyitah

Biodata Masya Masyitah

Sejak semalam radar dunia hiburan tempatan dihangatkan dengan pengumuman tidak rasmi yang dibuat oleh seorang penyanyi muda, Masya Masyitah.

Menerusi kemas kini terbaharunya di Instagram, Masya telah tampil dengan imej baharu tanpa tudung.



Masya sebelum ini dikenali sebagai salah seorang penyanyi muda yang bertudung, namun bermula 30 Julai 2023, dia memperlihatkan penampilan baharunya kepada masyarakat.

Tampil dengan rambut berona sedikit merah jambu sesuai busana yang digayakan di depan kereta dari warna sama, ramai yang bertanya siapakah Masya Masyitah?

Ini termasuklah aktres terkenal, Nabila Huda yang meninggalkan komen di ruangan Instagram Gempak dengan persoalan: “Siapa Masya Masyitah?

Berikut Gempak senaraikan beberapa fakta mengenai penyanyi ini yang diambil daripada pelbagai sumber termasuk Wikipedia.



Nama sebenar Masya Masyitah ialah Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff

Masya lahir di Kulim, Kedah dan kini berusia 23 tahun. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Chio Min.
Sangat mahir berbahasa Mandarin.

Selain menyanyi dan mempunyai lagu seperti Simpanan, Masya juga pernah berlakon dalam drama dan telemovie.

Bakat menyanyinya sudah dicungkil sejak usia sembilan tahun. Sejak itu dia menyertai banyak pertandingan nyanyian seperti terpilih sebagai salah seorang peserta rancangan TV realiti kanak-kanak Bintang Kecil terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan dinobatkan sebagai naib juara pada tahun 2011.



Masya bergelar juara Ceria Popstar musim kedua sewaktu usianya 14 tahun pada 2014.

Dia pernah menjadi satu-satunya wakil Malaysia dalam rancangan realiti nyanyian China, The Coming One musim ketiga yang berlangsung pada Mei 2019.

Pernah termasuk dalam pencalonan Top 5 Anugerah Bintang Popular ke-32 menerusi kategori Artis Baharu Wanita Popular.

Masya pernah memenangi Anugerah Muzik Asia 2019 bagi kategori Artis Muda Paling Berpotensi, yang berlangsung di Shenzhen, China.



Dia juga telah mencipta sebagai juara pertandingan pencarian bakat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 yang berlangsung pada 24 Oktober 2020, menewaskan penyanyi Filipina, Phem sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$40,000 (RM160,000). Dalam pertandingan ini, dia berjaya menewaskan 3000 peserta di seluruh Asia yang mengambil bahagian.

Pada 25 Jun 2021, Masya melancarkan lagu solo berbahasa Mandarin pertamanya, Jiu Meng Xin Su. Lagu yang berentak slow rock ini ialah hasil nukilan Kai Kai dan diterbitkan oleh Peng Chu. Ia merupakan single keduanya selepas Zuo Jian menampilkan duet bersama Jeryl Lee.

Masya menimbulkan kontroveri pada tahun 2021 selepas berkongsi foto sekeluarga menyambut Aidilfitri di kampungnya di Kulim, Kedah. Ironi pada waktu itu negara tidak membenarkan rentas negeri kerana penularan COVID 19.

Mula mendapat kecaman sejak awal tahun ini kerana imej ‘aneh’ dan disifatkan tidak sesuai digayakan oleh seorang wanita bertudung. Masya antaranya pernah dilihat memakai skirt pendek bersama stokin tetapi masih memakai tudung. Gempak



Biodata Masya Masyitah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai



Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal

Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker