Pemborong sayur cedera ditetak

Pemborong sayur cedera ditetak

PARIT BUNTAR: Seorang pemborong sayur cedera pada kedua belah tangan selepas ditetak ketika diserang sekumpulan lelaki di Pasar Awam Pusat Bandar, di sini, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.15 petang ketika mangsa yang berusia lingkungan 50-an itu dikatakan baru tiba di pasar awam berkenaan, sebelum didatangi sekumpulan lelaki menaiki kereta jenis Proton Waja.



Berdasarkan sumber, ketika bergelut, mangsa mengalami kecederaan pada jari kiri dan pergelangan tangan kanan akibat ditetak dipercayai menggunakan parang.

Difahamkan beberapa suspek yang terbabit dalam kejadian itu ditahan polis yang berada di lokasi kejadian.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Parit Buntar untuk tindakan lanjut.

Sehingga kini, BH masih menunggu pengesahan mengenai kejadian itu daripada pihak polis. BH



Pemborong sayur cedera ditetak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Video Ismail Izzani tular, Suliza Salam pertahan anaknya



Aedy Ashraf kantoi bercumbu di kelab malam, tampil beri penjelasan

Bangun Nad, kita ada PM baru – Sharifah Amani



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker