Isteri diganggu pegawai DBKL, lelaki mengeluh siasatan tiada kemajuan

Lelaki itu telah membuat beberapa laporan polis setelah isterinya dikatakan diganggu secara seksual oleh seorang pegawai kanan DBKL berusia lewat 40-an.

Isteri diganggu pegawai DBKL, lelaki mengeluh siasatan tiada kemajuan

Seorang ejen hartanah mengeluh apabila mendapati tiada kemajuan dalam siasatan berhubung dakwaan bahawa isterinya diganggu secara seksual oleh seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Lelaki itu, yang identitinya dirahsiakan bagi melindungi mangsa, turut mendakwa, pelbagai kesalahan seksual lain telah dilakukan terhadap isterinya.



Beliau mendakwa, isterinya diganggu sejak pertengahan tahun lepas dan kini mengalami kemurungan.

Pegawai kanan tersebut seorang kaki perempuan berusia lewat 40-an, dakwanya.

“Selama berbulan-bulan, dia akan menghantar mesej dan gambar yang secara terang-terangan berunsur lucah kepada (isteri saya) serta meminta gambarnya.

“Dia juga menyatakan keinginan mengadakan hubungan seksual sebagai balasan bagi kenaikan pangkat dan pertumbuhan kerjaya,” kata lelaki itu.



“Atas alasan kerja, dia telah beberapa kali memanggil (isteri saya) ke pejabatnya dan menggunakan peluang itu untuk memeluk dan menyentuhnya dengan cara tidak senonoh.”

Walaupun isterinya menolak, kata lelaki itu, pegawai itu terus menganggunya.

Katanya, isterinya tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian yang berlaku, termasuk dirinya, sehingga lama kemudian kerana bimbang akan tindak balas daripada pegawai itu. Ibu kepada beberapa anak itu juga bimbang akan reaksi daripada keluarga dan rakan sekerjanya.

Lelaki itu membuat dua laporan polis – satu pada November lepas dan satu lagi pada Januari.



Katanya, beliau dimaklumkan bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

Perkara ini turut disahkan kepada FMT oleh polis Dang Wangi.

Bagaimanapun, lelaki itu kecewa kerana kes disiasat kerana memikat, bukannya mencabul kehormatan dan tingkah laku tidak senonoh.

Beliau berkata, laporan polis kedua sedang disiasat oleh Bukit Aman.



“Menurut pegawai penyiasat polis, suspek telah dipanggil dan keterangannya telah diambil,” katanya.

“Polis turut merampas telefon bimbit isteri saya dan pegawai berkenaan, namun tiada maklumat terkini berhubung siasatan.”

Lelaki itu bimbang pegawai itu akan terlepas tanpa sebarang hukuman. FMT

Isteri diganggu pegawai DBKL, lelaki mengeluh siasatan tiada kemajuan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerai kerana anak – Syamsul Yusof



Najib boleh mohon ampun, walaupun ada lagi tiga kes dalam perbicaraan

Dalai Lama minta budak cium dan hisap lidah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker