Tiba-tiba pihak ketiga hilang
Kaitkan pihak ketiga, Farid Kamil mohon maaf
Tiba-tiba pihak ketiga hilang
Pelakon Farid Kamil memohon maaf kepada isteri, Diana Danielle dan ibu mentua, Norsiah Ramli berhubung kenyataannya kepada media yang ada kaitan dengan pihak ketiga, ketika ditemuramah di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, semalam.
Melalui hantaran Instagram (IG), malam tadi, Farid atau nama penuh, Farid Kamil Zahari, 42, memberitahu, dia menarik balik kenyataan yang disifatkan ada hubung kait dengan pihak ketiga.
“Saya tarik balik kenyataan saya mengenai soalan dari wartawan berkaitan pihak ketiga.
“Saya dengan rendah diri memohon maaf secara terbuka kepada ibu mentua, Norsiah Ramli dan isteri, Diana Danielle atas kenyataan saya pagi tadi (semalam).
“Sekali lagi, pada bulan Ramadan yang mulia ini, saya mohon dimaafkan kekhilafan yang terjadi,” luahnya.
Baca Artikel Menarik:
- Penceraian Syamsul-Sarah, Yusof Haslam dan isteri pasrah atas segala keputusan
- Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul
- Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil
Semalam, antara lain, Farid dilapor mendedahkan hubungannya dengan ibu mentua, Norsiah Ramli sudah lama terputus selepas mendakwa Diana menghalau wanita itu keluar dari rumah pada 2019.
Farid dilaporkan berkata, dia sudah lama tidak berhubung atau bertemu dengan ibu mentuanya.
“Sebenarnya sudah lama saya tak dapat menghubungi Mama (Norsiah). Ini kerana setahu saya, Mama dihalau Diana keluar dari rumah kami.
“Namun, saya terkejut apabila Mama muncul di mahkamah bersama Diana, minggu lalu,” katanya.
Farid berkongsi mengenai perkara itu ketika ditanya mengenai komunikasi dengan ibu mentuanya selepas mendakwa sukar mencari Diana dan anak-anak yang kini tidak tinggal di rumah kelamin mereka.
Baca Artikel Menarik:
- Shila Amzah dedah jadi magsa dera
- Maya Karin jawab soal kahwin
- Ahirine dedah pelakon lelaki ajaknya jadi kekasih gelap
Farid dilaporkan berkata, dia kurang arif mengenai punca keretakan hubungan Diana dan ibunya.
“Bagi saya, Diana perlu menjelaskan kepada saya sebab menghalau dan tidak mahu bertemu Mama ketika itu.
“Bila jadi begini, Mama tiba-tiba muncul membuatkan saya terkejut. Ini kerana saya sudah lama ‘lost contact’ (terputus hubungan) dengan Mama sebab Diana yang memutuskan hubungan dengan ibunya,” dakwanya.
Semalam, Farid mengemukakan tawaran perdamaian kepada Diana membabitkan antaranya aset, barang kemas dan bayaran pendahuluan nafkah bernilai RM319,700.
Farid dilaporkan berkata, tawaran itu diharap mampu melembutkan hati Diana demi masa depan dan kebaikan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Baca Artikel Menarik:
- Isteri diganggu pegawai DBKL, lelaki mengeluh siasatan tiada kemajuan
- Bertaubatlah Diana – Farid
- Diana nak cerai, tolak tawaran Farid
Bagaimanapun, peguam syarie mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memaklumkan, anak guamnya itu menolak tawaran berkenaan, malah tidak mahu membuat sebarang tuntutan kecuali hak penjagaan anak dan dilepaskan cara baik.
Akberdin dilaporkan berkata, berkata anak guamnya mahu menyelesaikan kemelut rumah tangga dengan baik selain membenarkan anak-anak dibawa Farid meraikan Aidilfitri di Sungai Petani, minggu depan.
Pasangan itu bakal menghadiri prosiding sulh kedua pada 25 Mei depan berikutan Diana tidak dapat hadir pada prosiding yang sepatutnya dijadual berlangsung, semalam. BH
Baca Artikel Menarik:
- Melompat gembiralah dia sekarang
- Melompat gembiralah dia sekarang
- Tipis nampak anak bulan malam Jumaat – mufti Kedah
- Jangan ‘double standard’ berkait Zahid dan Najib, Puad beritahu Hassan Karim
- Penceraian Syamsul-Sarah, Yusof Haslam dan isteri pasrah atas segala keputusan
- Trend di TikTok Najib popular, setuju diampunkan
- Diana langgar perintah mahkamah – Farid Kamil
- Lelaki mabuk maki wanita beli juadah berbuka puasa, ditahan polis
- Puteri Sarah Tetap Menjadi Menantu Kesayangan – Yusof Haslam
- Musnah Disebabkan Satu Kesilapan – Yusof Haslam
- Sanusi akhirnya ‘disekolahkan’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET