Organ pelakon Korea Selatan Park Soo-Ryun diderma

 

PELAKON siri Snowdrop, Park Soo-Ryun mengejutkan dunia hiburan Korea Selatan dan peminat apabila dilaporkan meninggal dunia pada 11 Jun lalu.

Soo-Ryun meninggal dunia pada usia 29 tahun selepas terjatuh daripada tangga di rumahnya.



Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak keluarga, Soo-Ryun sempat koma setelah insiden tidak terduga itu sebelum disahkan meninggal dunia.

Keluarga pelakon tersebut turut menyatakan akan mendermakan organ yang masih baik kepada mereka yang memerlukan.

“Hanya otak dia yang mati tetapi jantungnya masih berdetak. Pasti ada seseorang yang memerlukan organ tersebut.

“Dan sebagai ibu bapa, kami boleh hidup dengan tenang selepas mengetahui organ atau jantungnya masih berfungsi dan diberikan seseorang yang memerlukan,” kata kenyataan tersebut seperti dilaporkan AllKPop.



Majlis pengebumian Soo-Ryun akan diadakan di Hospital Suwon di Korea.

Park Soo-Ryun pertama kali muncul sebagai pelakon menerusi karya muzikal Il Tenore di 2018 dan beberapa naskhah lainnya seperti Finding Kim Jong-wook, Siddhartha dan The Day We Loved. – Gempak

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Gaun dipakai ‘penyondol’ cantik laku keras

Johan dah terpesong? – Amin Idris tampil jelaskan



Fatin Afeefa & Opai padam gambar di IG lepas isu sindir kereta sebagai najis

Nenek Kelantan kahwini lelaki berusia 28 tahun lepas kenal di TikTok



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker