Ramai ‘Pemimpin Utama’ turun di pusat penamaan calon SMK Sungai Pusu

Pusat penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang, Sungai Tua dan Gombak Setia menjadi tumpuan top gun (pemimpin utama) parti politik tanah air untuk memberikan sokongan kepada calon ‘heavyweight’ masing-masing pada Sabtu.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di pusat penamaan calon tiga DUN berkenaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di sini, kira-kira 9.10 pagi sempena hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani turut menyertai perarakan bermula dari jambatan Sungai Chinchin kira-kira 8.15 pagi.



Rombongan itu mengiringi calon PH yang juga Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dari PKR yang akan bertanding mempertahankan kerusi DUN Sungai Tua yang dimenangi beliau sejak 2008.

Turut diiringi calon DUN Hulu Kelang yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli (PKR) dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin dari Barisan Nasional (BN) yang menghantar pencalonan untuk bertanding di kerusi Gombak Setia.

Sementara itu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim juga hadir ke pusat tersebut bagi memberikan sokongan kepada calon koalisi itu.

Mereka mengiringi Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding di DUN Hulu Kelang.



Turut diiring, Setiausaha Dewan Pemuda Pas Malaysia, Muhammad Hanif Jamaluddin (Pas) yang dicalonkan di DUN Sungai Tua manakala penyandang kerusi Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham (Bersatu) mempertahankan DUN sama.

Suasana di luar pusat tersebut meriah dengan penyokong dan jentera pelbagai parti yang turut melaungkan kata-kata semangat kepada calon masing-masing.

Sehingga jam 9.50 pagi, proses penamaan calon terkawal tanpa sebarang provokasi dengan semua pihak mematuhi peraturan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

SPR sebelum ini menetapkan hari pengundian PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu dijalankan serentak pada 12 Ogos sementara penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Ogos ini.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun



Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker