Lelaki berlari dalam keadaan terbakar

Penduduk setempat mendengar jeritan seram ketika seorang lelaki berlari ke jalanan sambil tubuhnya dijilat api dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Leeds, lapor  akhbar  Daily Star semalam.

Seorang jurucakap Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat West Yorkshire berkata: “Saya boleh mengesahkan kami menerima panggilan sejurus selepas  pukul 2.15 petang (waktu tempatan semalam) bahawa terdapat mangsa terbakar di Leasowe Avenue di Leeds.”

“Kami menghantar kru dari Balai Bomba Leeds dan sejurus tiba, api telah dipadamkan.Kami memberi  sokongan kepada Perkhidmatan Ambulans Yorkshire yang merawat mangsa.



“Dia telah dipindahkan ke hospital.

“Keadaan lelaki itu belum diketahui tetapi kecederaannya disifatkan sebagai serius,” tambahnya.

Polis West Yorkshire dan Perkhidmatan Ambulans West Yorkshire juga telah dihubungi tetapi belum mengulas lanjut kejadian tersebut. – Agensi

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor



Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle

Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)



Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker