Nadhir kecewa drama ‘bocor’

Nadhir kecewa drama ‘bocor’

Pelakon Nadhir Nasar, 26, terlalu kecewa apabila ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan episod drama lakonan yang belum ditayangkan di platform haram.

Nadhir berkata, tindakan itu seolah-olah tidak menghargai penat lelah tenaga produksi yang bertungkus lumus menghasilkan karya berkualiti.



“Jujurnya, saya sangat sedih. Ada episod tertentu belum ditayangkan bocor.

“Kami mula penggambaran dari pagi hingga pagi, bukan perkara tidak elok sebab kami nak lakukan dengan terbaik.

“Jadi, bila tersebar episod belum ditayangkan di platform tak betul ini, memang agak kecewa,” luahnya.

Mengakui perkara itu tidak boleh dikawal, Nadhir memohon kerjasama semua pihak tidak menonton di platform tidak sahih dan berharap isu ini tidak berulang.



“Apa yang saya boleh cakap, rakaman tersebar kita tidak boleh hentikan di internet, jadi akan terus tersebar ke mana sahaja.

“Saya rasa apa yang perlu dilakukan sekarang adalah atas diri sendiri sebab tenaga produksi bekerja keras untuk sesuatu naskhah yang berkualiti tinggi.

“Kita menuju ke industri berkualiti tinggi, tetapi ada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan, sudah tentu kami rasa kecewa.

“Kepada semua yang dapat pautan link, tolong jangan tengok. Tonton dalam platform halal dan bukannya haram. Kita doakan benda ini tidak terjadi, apa yang terjadi kami terpaksa ‘let go’,” katanya.



Terdahulu, tular apabila beberapa episod drama Projek: High Council ‘bocor’ di pelbagai platform internet dan aplikasi media sosial.

Nadhir ditemui pada acara pertunjukan fesyen Bulan Bintang Takes The Sky di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini. XTRA

Nadhir kecewa drama ‘bocor’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan



Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker