Projek lebuh raya hubungkan Lembah Klang – Negeri Sembilan dikenal pasti

Projek lebuh raya hubungkan Lembah Klang – Negeri Sembilan dikenal pasti

Kementerian Kerja Raya menerusi Pelan Pembangunan Rangkaian Jalan Raya (HNDP 2030) telah mengenal pasti beberapa projek untuk menghubungkan Lembah Klang ke bandar-bandar utama di Negeri Sembilan.

Menteri, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata antara projek itu ialah pembinaan Lebuh Raya Pantai Barat (Jajaran Selatan), satu jalan persekutuan baharu untuk menghubungkan Broga, Selangor ke Simpang Pelangai serta sebuah lebuh raya untuk menghubungkan Senawang ke Salak Tinggi, Selangor dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



Selain itu, beliau berkata kementeriannya turut bercadang melaksanakan beberapa projek menghubungkan bandar-bandar di Negeri Sembilan iaitu pembinaan jalan baharu dari Persimpangan Ulu Kelawang ke Kampung Sungai Daun, Jalan Pintas Kuala Pilah dan Jalan Lingkaran Luar Seremban (Seremban Outer Ring Road).

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) berkenaan perancangan kerajaan untuk menghubungkan jaringan lebuh raya antara Lembah Klang dengan bandar-bandar utama di Negeri Sembilan pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. BH

Projek lebuh raya hubungkan Lembah Klang – Negeri Sembilan dikenal pasti

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Khazrul Elzey mengaku tidur dengan Zarina Anjoulie (Video)

Takiyuddin ‘serang’ Zahid, sekali Rayer pertahan



Model baharu PROTON, Honda bakal perkukuh DRB-Hicom



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker