Mahkamah: Lelaki tetak, tikam bekas kekasih direman 6 hari

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga tempatan ditahan reman selama enam hari kerana bertindak ganas menetak dan menikam bekas teman wanitanya selepas mangsa enggan meneruskan hubungan cinta bersama suspek.

Perintah reman terhadap suspek yang berusia 30 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar, Khalida Farhana Abu Bakar, di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Tertuduh tiba ke pekarangan mahkamah pada pukul 8.30 pagi dengan lengkap berpakaian lokap berwarna ungu.



Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian tersebut oleh pengawal keselamatan sebuah kediaman pangsapuri di sekitar Masai, dekat sini pada pukul 1.44 petang, semalam.

Menurut beliau, pengadu memaklumkan terdengar pergaduhan di unit kediaman berkenaan sebelum mendapati suspek memegang pisau dan mangsa dalam keadaan berlumuran darah.

“Suspek bertindak mencederakan mangsa dengan menetak di beberapa bahagian badan dan menikam mangsa, menyebabkan mangsa luka di bahagian muka, lengan dan pergelangan tangan, selain cedera ditikam dibahagian rusuk.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana marah terhadap mangsa yang enggan meneruskan hubungan percintaan antara mereka,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.



Tambah Mohd. Sohaimi, sehubungan itu, pihaknya menahan lelaki tersebut selain turut merampas pisau sepanjang 19 sentimeter yang digunakan dalam kejadian tersebut.

“Pemeriksaan awal ke atas suspek mendapati lelaki berkenaan mempunyai satu rekod lampau bersabit kesalahan jenayah.

“Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun beserta denda atau sebat,” jelasnya lanjut

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Karangan mengenai kemalangan, jadi kenyataan buat pelajar



Resepi Kuih Keria Antarabangsa Gula Melaka

Shila Amzah buat ‘perangai’ lagi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker