Hukum individu, kumpulan bersekongkol ejen Israel gadai negara

Hukum individu, kumpulan bersekongkol ejen Israel gadai negara

Syabas kita ucapkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas tindakan pantas menahan Shalom Avitan yang disyaki perisik Israel bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru dipercayai memasuki negara ini menerusi Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 12 Mac lalu menggunakan pasport Perancis.

Turut ditahan pasangan suami isteri warga tempatan disyaki membekalkan senjata api kepada lelaki berkenaan, selain seorang lelaki tempatan di Cameron Highlands, Pahang, yang dipercayai pemandu individu berkenaan.



Ia pastinya mengingatkan rakyat negara ini kepada pembunuhan pensyarah warga Palestin, Dr Fadi M R Albatsh Fatma di Setapak pada 21 April 2018 yang didakwa Ketua Jihad Islam Palestin, Khaled al-Batash sebagai didalangi dan dirancang Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel, iaitu Mossad.

Portal Defence Security Asia (DSA) melaporkan media Israel memetik sumber keselamatan rejim Zionis menyatakan Fadi, bukan ahli akademik sembarangan sebaliknya pakar teknologi kepada Hamas terutama berkaitan pesawat tanpa pemandu atau dron.

Hakikatnya, Mossad sinonim dengan modus operandi pembunuhan bersasar terhadap tokoh penting yang dianggap musuh kepada kewujudan dan keselamatan negara haram itu yang dibina di atas wilayah Palestin sama ada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) ketika era kempen bersenjatanya sejak Januari 1965 hingga Hamas sekarang.

Malah, Mossad juga dianggap paling kejam dan sanggup melampaui had yang mungkin tidak akan atau teragak-agak dilakukan agensi perisikan negara lain seperti didakwa bekas perisik Agensi Perisikan Pusat (CIA) dalam podcast terkenal Lex Fridman.



Tindakan pantas PDRM itu patut diberikan penghargaan bukan sahaja demi keselamatan warga Palestin atau negara lain yang dianggap musuh kepada Israel dalam melaksanakan keganasan dan kezaliman terhadap wilayah dijajahnya termasuk Gaza, bahkan pemimpin dan rakyat Malaysia sekian lama mengambil sikap tegas terhadap perjuangan kemerdekaan dan pembebasan Palestin.

Apatah lagi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah banyak kali mengulangi ketegasan kita dalam soal ini termasuk dalam sesi sidang akhbar bersama Canselor Olaf Scholz di Berlin apabila pemimpin Jerman terbabit menegaskan hak Israel mempertahankan diri dan hubungan istimewa dengan negara haram berkenaan.

Justeru, kita meminta PDRM meningkatkan tahap kawalan keselamatan terhadap golongan kenamaan termasuk Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri serta pemimpin dan tokoh strategik lain ketika Israel berada dalam keadaan tersepit akibat keganasan pada skala genosid dilakukannya terhadap Gaza yang kini mula mendapat kritikan atau cuba dijarakkan oleh sekutunya.

Pada masa sama, mana-mana individu atau kumpulan mempunyai kaitan dan bersekongkol dengan ejen asing yang boleh dianggap menggadai kedaulatan negara itu mesti diburu, ditahan serta dibawa ke muka pengadilan.



Kita juga meminta polis melakukan siasatan menyeluruh untuk menyiasat punca bagaimana Avitan boleh bolos walaupun seseorang perisik mempunyai pelbagai muslihat untuk masuk ke sesebuah negara tanpa disedari pihak berkuasa.

Bagaimanapun, siasatan masih perlu dibuat untuk memastikan tidak ada loop-hole di pintu masuk negara termasuk pada pihak imigresen, sekali gus mengelakkan hal sama berulang yang boleh menjejaskan keselamatan termasuk rakyat. BH

Hukum individu, kumpulan bersekongkol ejen Israel gadai negara

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Shidee yang ditahan polis

Safee Sali mengaku kahwin lain



Hans Isaac tak malukah – PN

Lantikan penjawat awam baharu setara sistem pencen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker