Usul undi percaya hak prerogatif Anwar

Usul undi percaya hak prerogatif Anwar

Keputusan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengadakan usul undi percaya terhadapnya pada sidang Dewan Rakyat minggu depan adalah hak prerogatifnya sebagai Ketua Majlis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata ia kerana berdasarkan sistem Westminster, sesiapa sahaja boleh mengusulkan undi percaya pada bila-bila masa.



“Untuk seorang Perdana Menteri mengadakan usul terbabit biarpun beliau sudah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong selain sokongan gabungan besar, kita perlu menghormati keputusannya.

“Bagi saya, Perdana Menteri adalah seorang yang berani kerana beliau mahu Ahli Parlimen menunjukkan sokongan mereka kepada dirinya,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan majlis penutup Forum Hari Hak Asasi Manusia 2022 bertemakan ‘Strengthening and Enhancing Human Rights Towards Leaving No One Behind’ di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung agenda usul undi percaya yang akan berlangsung di Parlimen minggu depan.

Mengulas lanjut, Azalina berkata, langkah mengadakan usul undi percaya dilihat sebagai usaha Perdana Menteri mengetengahkan Kerajaan Perpaduan yang mengutamakan ketelusan dan akauntabiliti.



“Bagi saya, Ahli Parlimen perlu menunjukkan sokongan mereka kerana ini adalah Kerajaan Perpaduan yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong. Jadi, kita tunggu dan lihat pada 19 dan 20 Disember ini,” katanya.

Anwar pada sidang pertamanya selepas mengangkat sumpah menegaskan akan membentangkan usul undi percaya bagi membuktikan keabsahannya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, langkah itu penting bagi membuktikan keabsahan beliau dari segi persepsi politik, selain penafsiran dalam Perlembagaan Persekutuan. BH

Usul undi percaya hak prerogatif Anwar




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal



Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker