Trelerai akhirnya.. Air mata Abdullah mengalir bila rahsia bahawa ibu, abi dan adik beradik sudah tiada

MUAR: “Terlerai sudah segala rahsia yang kami simpan selama ini selepas dia (Abdullah) sudah tahu ibu, abi dan adik beradik lain sudah tiada,” demikian kata Mohd Hairul Noor Muhammad, 54, susulan anak saudaranya, Abdullah Amir Ruddin, 15, mendapat tahu pemergian keluarganya dalam kemalangan 1 September lalu.

Mohd Hairul yang sebelum ini pernah memberi kiasan kepada Abdullah termasuk menyebut nama arwah datuknya, Noor Muhammad Kassim namun remaja itu seolah-olah tidak mengerti apa yang cuba disampaikannya.

“Selama ini, saya terfikir-fikir apa yang perlu lakukan untuk memberitahu perkara sebenar. Setiap malam sebelum tidur, saya cuba bagaimana nak cerita perkara sebenar.



“Tiba-tiba malam kelmarin, dia buka mulut mengatakan ibu dan abi sudah tiada. Dia berbual dengan emak saya (Norliah Md Noh) dan emak menitis air mata bila diberitahu mengenai perkara itu.

“Sekarang hati saya lapang, apa yang cuba saya beritahu akhirnya dia ketahui sendiri. Walaupun dalam keadaan semakin pulih, namun dia seolah-olah masih belum mengerti apa sebenarnya berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Parit Lapis, Parit Jawa, hari ini.

Dalam pada itu, keluarga Mohd Hairul menunjukkan gambar arwah ibu, abi dan adik beradik lain kepada Abdullah ketika mereka sedang makan malam kelmarin.

Gambar itu dalam simpanan telefon bimbit ibu saudaranya, Nora Hila, 40, sebelum mereka sepakat untuk menunjukkan kepadanya.



Namun, keadaan bertukar pilu apabila Abdullah yang kelihatan ketawa tiba-tiba tersentak apabila abangnya, Abdur Rahman, 19, menunjukkan gambar jenazah mereka.

Suasana di rumah mereka hiba apabila masing-masing menitiskan air mata sementara Abdur Rahman dilihat cuba membantu mengesat air mata adiknya.

“Malam tadi (kelmarin), kami sepakat untuk menunjukkan gambar, dia pun berkata ‘itu jenazah ibu, ibu sudah tiada’. Patutlah lama dia tak datang jumpa Abdullah.

“Kami satu rumah menangis bila dia sebut ‘jenazah ibu’. Walaupun dia ketawa tetapi air mata mengalir.



“Sebenarnya dari awal kami sengaja tidak mahu menceritakan perkara sebenarnya kerana kelak dia akan faham serta mengetahui perkara sebenar.

“Setiap kali pergi ziarah kubur keluarga Allahyarham, saya meluahkan apa yang perlu saya lakukan supaya Abdullah tahu yang ahli keluarganya sudah tiada,” katanya.

Tragedi memilukan itu meragut nyawa pasangan suami isteri Amir Ruddin Ismail, 46, dan Noorahimah Noor Muhamad, 43. Empat lagi anak pasangan itu, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, turut terkorban.

Mereka sekeluarga dilaporkan dalam perjalanan dari Kluang ke Segamat untuk menghantar Noorahimah yang bertugas sebagai guru Sekolah Agama Kemedak.



Tujuh beranak itu menaiki Perodua Alza dan pada hari kejadian, hanya Abdur Rahman tidak ikut bersama kerana ada urusan lain.

Abdullah Amir Ruddin pula terselamat dalam nahas kira-kira jam 6.30 petang itu tetapi cedera parah dalam kejadian itu.

BERITA BERKAITAN

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa



Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker