Dakwaan SPRM tawar RM10 juta, Mohamad Shafiq jelas fitnah kini mohon maaf

SHAH ALAM – Pemerhati politik, Mohamad Shafiq Abdul Halim tampil memohon maaf kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) susulan dakwaan terhadap suruhanjaya itu yang kononnya menawarkan RM10 juta kepada Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan.

Mohamad Shafiq menjelaskan, beliau tidak berniat menuduh mana-mana pihak dan menyifatkannya sebagai ‘terlepas cakap’ berhubung khabar angin di mahkamah.

“Saya memohon maaf kepada pihak SPRM kerana provokasi politik yang mencetuskan perbalahan dan saya terlepas cakap berkaitan rumors di mahkamah yang kononnya pihak SPRM menawarkan sejumlah wang RM10 juta untuk Datuk Wan Saiful Wan Jan mengubah kenyataannya.



“Saya tidak berniat menuduh mana-mana pihak termasuk Tan Sri Azam Baki (Ketua Pesuruhjaya SPRM) di mana video tersebut telah dipotong oleh cybertroopers Pakatan Harapan (PH) dan disebarkan seolah-olah saya hanya menyebut SPRM menawarkan RM10 juta kepada Datuk Wan Saiful Wan Jan,” katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya pada Selasa.

Mohamad Shafiq berkata, siaran langsung di TikTok pada petang tadi (Selasa) adalah reaksi kepada fitnah jahat yang dibuat oleh cybertroopers PH.

Katanya, selepas diprovokasi dalam video itu pada ruangan komen, beliau mengatakan ada rumors di mahkamah yang mengatakan pihak SPRM menawarkan RM10 juta untuk Wan Saiful menukarkan kenyataan untuk menganiayai Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Pihak wartawan telah menghubungi saya dan saya telah menjelaskan ia adalah perang mulut di media sosial.



“Saya turut menyatakan ia adalah rumors dan saya akan mendapatkan kepastian daripada Datuk Wan Saiful,” ujarnya.

Sebelum itu, Azam menegaskan SPRM akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohamad Shafiq susulan dakwaan yang disifatkan liar dan tidak bertanggungjawab.

 

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Agong tepuk dahi kena ‘prank’ [VIDEO]



Nasi lemak janda muda tepi jalan laris

Filem Coast Guard sasar kutip RM7 juta lagi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker