MCA mula persoal Zahid, utamakan komponen BN bukan Dap [VIDEO]

MCA tampil menyelar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung seruannya kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya turut menyokong Pakatan Harapan (PH) dan DAP dalam mana-mana pilihan raya akan datang.

Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon menyifatkan, kenyataan itu seolah-olah menunjukkan BN hanya mementingkan pihak lain ketika ini.

“Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dinasihatkan agar berpegang kepada prinsip dan berhati-hati dalam segala perkara berkaitan hubungan atau kerjasama antara BN dan PH.



“Perlu diingatkan bahawa sebagai Pengerusi BN, beliau haruslah menjaga kepentingan dan mengutamakan parti-parti komponen dalam BN, bukannya mengutamakan PH terutamanya DAP,” katanya dalam kenyataan.

Sebaliknya, kata beliau, kerjasama antara BN dan PH perlulah ada timbal balas dan menguntungkan kedua-dua pihak.

“Ditegaskan juga bahawa apa jua pendirian dan pandangan oleh parti MCA mestilah dikeluarkan oleh pemimpin MCA, khususnya Presiden MCA sendiri, bukannya pihak lain,” katanya.

Kelmarin, Ahmad Zahid memberi bayangan bahawa parti-parti yang diwakili BN seperti UMNO dan MCA terbuka untuk memberi sokongan kepada calon PH dan DAP dalam pilihan raya.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal



Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker