Lima kampung di Sik dilanda banjir kilat

SIK: Hujan lebat melebihi dua jam hari ini menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah, berkata lima kampung di daerah itu dinaiki air sejak jam 6.20 petang selepas hujan berterusan mulai jam 4 petang.

Beliau berkata, antara kawasan yang terjejas adalah Kampung Banggol Kiat, Taman Derdap dan Kampung Jerai di Mukim Sik manakala Kampung Pinang dan Kampung Surau di Mukim Sok.



“Air mula naik di Kampung Banggol Kiat pada jam 6.20 petang dan anggota kami kemudian melakukan pemantauan banjir kilat di sekitar daerah ini pada jam 6.53 petang.

“Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sik kemudian menerima maklumat berhubung banjir kilat di Kampung Jerai pada jam 7.05 petang dan air mula melimpah ke rumah di Kampung Pinang pada jam 7.17 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Haisul Aishah berkata, pihaknya kemudian menerima maklumat terdapat dua orang awam sudah berpindah ke Balai Islam Kampung Jerai pada jam 7.58 malam.

Beliau berkata, pihaknya kemudian melaporkan terdapat mangsa terperangkap di Kampung Jerai sekitar jam 8.10 malam.



“Anggota kami kemudian keluar untuk melakukan operasi menyelamat mangsa terperangkap banjir kilat di kampung itu pada jam 8.32 malam.

“Keadaan semasa ketika ini hujan sudah berhenti namun orang ramai dinasihatkan menghubungi pasukan penyelamat sekiranya kediaman mereka ditenggelami air,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dulu Pelakon Kini Pramugara

Ingat saya lembik – Shila Amzah



Transgender dipantau tentera saat tunai umrah (Video)

Wanita tayang punggung, payudara di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker