Orang awam ‘makan’ penampar Ketua Balai, Polis Johor lakukan siasatan [VIDEO]

Polis Johor akan menjalankan siasatan berhubung video tular memaparkan seorang pegawainya melakukan kekerasan terhadap seorang individu di tempat awam.

Ketua Polis Johor, Kamarul Zaman Mamat berkata pihaknya mengesan video sepanjang 37 saat itu menerusi laman X pada petang tadi, yang turut memetik nama pegawai polis berkenaan berserta jawatannya sebagai ketua polis balai.

“Hasil semakan mendapati pada 12 Januari 2024 jam 3.11 petang, satu hantaran telah dimuat naik melalui akaun tersebut dan turut memetik nama dan jawatan pegawai polis berkenaan.



“Pihak polis akan menyiasat perkara ini dengan terpeinci dan menggesa orang awam atau saksi tampil membuat laporan jika mempunyai sebarang maklumat bagi membantu siasatan.

“Tindakan akan diambil terhadap pihak berkaitan tanpa kompromi,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, video memaparkan seorang pegawai polis mengasari seorang lelaki tular di media sosial.

Rakaman video tersebut menunjukkan pegawai polis berkenaan menengking dan menampar berulang kali serta menarik rambut lelaki tersebut.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira



“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang



Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker