Saintis Malaysia menang anugerah di Korea Selatan

Saintis Malaysia menang anugerah di Korea Selatan

Saintis Kanan di Pusat Penyelidikan Kanser Malaysia Dr Annie Chai Wai Yeeng memenangi kategori Next Asean Innovator pada Anugerah Kecemerlangan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Asean-ROK Ke-4 2022 di Seoul, Korea Selatan baru-baru ini.

Bernama melaporkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini memaklumkan kejayaan itu berdasarkan penyelidikan Chai dalam mengenal pasti gabungan ubat sinergistik dalam model kanser Asia yang unik menerusi pengaplikasian pembelajaran mesin.



Pengaplikasian pembelajaran mesin itu bagi kaedah pengiraan dalam ramalan gabungan ubat sinergistik menggunakan gabungan skrin penting CRISPR/Cas9, genomik dan data pemeriksaan ubat, terutamanya bagi kanser kepala dan leher (HNC) yang berasal dari Asia.

“Beliau dianugerahkan hadiah wang tunai USD12,000 (kira-kira RM52,600) dan dijemput menghadiri Program Latihan STI Asean-ROK selama seminggu bermula 27 Nov hingga 3 Dis lepas di Seoul, Korea Selatan serta diberi peluang membentangkan dan berkongsi hasil kerja beliau.

“Anugerah tersebut telah diserahkan secara rasmi oleh Kerajaan Republik Korea (ROK) melalui Kementerian Sains dan ICT (MSIT), ROK dan Science and Technology Policy Institute (STEPI) pada 1 Dis,” menurut kenyataan itu.

Anugerah itu dikelolakan kerajaan Korea Selatan melalui MSIT dengan sokongan STEPI dan Asean, bertujuan menggalakkan penglibatan saintis dan jurutera muda dalam penyelidikan sains, teknologi dan inovasi (STI) serta mengiktiraf pencapaian akademik dan profesional para saintis serta jurutera dalam kalangan warga Asean.



Menurut kementerian itu, ini kali kedua penyelidik Malaysia memenangi anugerah berkenaan selepas Dr Nur Hafizah Abd Khalid memenanginya pada 2020 pada edisi kedua anugerah tersebut.

“Pencapaian ini diharap dapat menjadi sumber inspirasi dan motivasi bagi menyemarakkan lagi minat dalam kalangan institusi penyelidikan dan penyelidik negara untuk berusaha ke arah penyelesaian yang inovatif dalam menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan dengan memanfaatkan STI,” katanya. FMT

Saintis Malaysia menang anugerah di Korea Selatan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah



Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker