Messi pemilik kelab UE Cornella, buka lembaran baharu

Messi pemilik kelab UE Cornella, buka lembaran baharu

Messi pemilik kelab UE Cornella, buka lembaran baharu
LIONEL Messi. FOTO Agensi

Barcelona: Legenda Argentina, Lionel Messi terus mencuri tumpuan apabila sah menjadi pemilik baharu kelab divisyen lima Sepanyol, UE Cornellà, umum kelab itu, hari ini.

Pemenang lapan kali Ballon d’Or itu yang kini masih beraksi bersama Inter Miami dilihat mengambil langkah berani dalam dunia pengurusan bola sepak sambil meneruskan kariernya di Amerika Syarikat.

Dalam kenyataan rasmi, pihak kelab memaklumkan pengambilalihan itu mengukuhkan hubungan erat Messi dengan Barcelona selain mencerminkan komitmennya dalam pembangunan sukan dan bakat tempatan di wilayah Catalonia.

Cornella sebelum ini dikenali sebagai antara ‘kilang’ pemain berbakat apabila melahirkan beberapa nama besar termasuk penjaga gol David Raya serta bekas rakan sepasukan Messi di Barcelona, Jordi Alba.

“Kehadiran Leo Messi menandakan permulaan era baharu dalam sejarah kelab dengan fokus kepada pembangunan sukan dan pengukuhan struktur organisasi,” menurut kenyataan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy


Tambah kelab berkenaan, projek jangka panjang yang dirancang akan menekankan keseimbangan antara cita-cita besar, kelestarian serta hubungan kukuh dengan komuniti setempat.

Langkah Messi itu dilihat mampu menghidupkan kembali Cornella, sekali gus membuka lembaran baharu buat kelab berkenaan untuk kembali bangkit di pentas bola sepak Sepanyol.

Messi pemilik kelab UE Cornella, buka lembaran baharu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Perlekeh Keadaan Semasa, Simpati Nasib Rakyat – Mohd Razlan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker