Fernandez kembali perkuat Chelsea, sedia gegar United

Fernandez kembali perkuat Chelsea, sedia gegar United

Fernandez kembali perkuat Chelsea, sedia gegar United
ENZO Fernandez. FOTO Agens

London: Pemain tengah, Enzo Fernandez kembali menyertai latihan penuh dan sedia diturunkan bersama Chelsea menjelang aksi getir menentang Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Sabtu ini.

Pengurus Chelsea, Liam Rosenior mengesahkan pemain berusia 25 tahun itu kini berada dalam keadaan terbaik selepas sebelum ini diketepikan atas faktor disiplin.

Fernandez yang membantu Argentina menjuarai Piala Dunia 2022 lalu tidak disenaraikan dalam skuad ketika Chelsea membelasah Port Vale 7-0 dalam aksi suku akhir Piala FA, selain terlepas perlawanan ketika tewas 0-3 kepada Manchester City minggu lalu.

Sebelum ini, pemain itu mencetuskan kontroversi apabila memberi bayangan mahu menilai masa depannya serta menyuarakan hasrat untuk tinggal di Madrid, namun dia sudah pun memohon maaf atas kenyataannya.

“Enzo sudah kembali bersama pasukan dan menunjukkan komitmen tinggi sepanjang latihan. Segalanya kembali seperti biasa untuk pemilihan,” kata Rosenior.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy


Dalam perkembangan sama, Rosenior turut memaklumkan pertahanan, Trevoh Chalobah semakin hampir untuk kembali beraksi selepas menjalani latihan, namun belum cergas sepenuhnya.

Ketua pasukan, Reece James pula masih belum bersedia untuk diturunkan selepas mengalami kecederaan sejak Mac lalu.

Ketika ini, Chelsea berada di tangga keenam liga dengan 48 mata, ketinggalan empat mata di belakang Liverpool dalam perebutan kelompok Liga Juara-Juara.

Kemenangan ke atas United dilihat cukup penting buat Chelsea untuk merapatkan jurang dan terus bersaing merebut slot kelompok lima terbaik.

Fernandez kembali perkuat Chelsea, sedia gegar United

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan Perlekeh Keadaan Semasa, Simpati Nasib Rakyat – Mohd Razlan

 

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker