Vincent Tan ‘lepaskan’ FK Sarajevo, Mirvić pemilik baharu
Vincent Tan ‘lepaskan’ FK Sarajevo, Mirvić pemilik baharu

Kuala Lumpur: Tokoh perniagaan terkenal tempatan, Tan Sri Vincent Tan sah melepaskan kelab Bosnia, FK Sarajevo dengan kini diambil alih oleh ahli perniagaan Bosnia-Amerika, Ismir Mirvić.
Perkara itu dimaklumkan sumber yang kemudiannya menyaksikan beberapa laporan media Bosnia turut mengesahkan status Mirvić yang mengambil alih pegangan penuh kelab itu.
Perkembangan itu hadir di tengah krisis kewangan serius yang membelenggu FK Sarajevo.
Dengan kini menguasai lebih 98 peratus pegangan, Mirvić dijangka memiliki kebebasan penuh dalam menentukan hala tuju kelab termasuk memperkukuh skuad serta struktur pengurusan.
Langkah itu juga diyakini mampu mengembalikan semula keyakinan penyokong, apatah lagi FK Sarajevo kini dilihat mula menunjukkan tanda kebangkitan selepas melalui tempoh sukar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kerajaan Umum Bantuan Tunai Tambahan RM75 Juta Bagi Pengguna Diesel
- UMNO Ke- 80: Digitalisasi Dan Transformasi Dekati Anak Muda – Nur Arina
- Kerajaan Negeri Johor Selaras Isu Rakyat, Pastikan Tindakan Lebih Fokus dan Berimpak
Agama Bukan Alat Untuk Raih Sokongan Politik Murahan – Shaiful Hazizy
FK Sarajevo kini bersedia membuka lembaran baharu dengan misi lebih jelas untuk kembali sebagai kuasa besar bola sepak di negara Balkan itu.
Dengan perkembangan itu, Vincent Tan kini masih memiliki dua kelab di Eropah iaitu Cardiff City di England dan KV Kortrijk yang beraksi di Belgium.
Vincent Tan ‘lepaskan’ FK Sarajevo, Mirvić pemilik baharu
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perkukuh Komunikasi Dengan Anak Muda, Dekati Mengikut Keperluan Mereka – Mohd Ridhwan
- 80 Tahun UMNO: Kerja Lebih Keras Dan Bijak, Bukan Bergantung Pada Nostalgia – Syed Hussein
- Suraya Yaacob Dilantik Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Perlekeh Keadaan Semasa, Simpati Nasib Rakyat – Mohd Razlan
You must be logged in to post a comment.