Polis jangan mudah ikut telunjuk – Hamzah

Langkah Dubai: Hamzah dakwa polis buat kenyataan politik

Polis jangan mudah ikut telunjuk – Hamzah

Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin mendakwa pihak polis mengeluarkan kenyataan berunsur politik berhubung isu Langkah Dubai.

Katanya, cerita mengenai pertukaran kerajaan itu terus beredar di media sosial, namun pembangkang sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara itu.



Malah tambahnya, Kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengenai sumbangan dana jutaan Ringgit selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini, turut menimbulkan 1,001 persoalan.

“Mengapa dicampuradukkan dengan pertemuan menghadap Yang di-Pertuan Agong? Rakyat merasakan ada sesuatu yang janggal.

“Polis pula tiba-tiba mengeluarkan kenyataan politik. Masa bila PDRM menjadi politikal? Sepatutnya polis siasat mereka yang membuat laporan polis.

“PDRM harus lebih profesional dan jangan terlampau mudah ikut telunjuk mereka yang berjawatan, tak kira Menteri, timbalan menteri atau setiausaha politik. Jangan buat tuduhan semberono,” katanya dalam hantaran di Facebook.



Tidak dapat dipastikan kenyataan polis yang mana dirujuk Hamzah sebagai berunsur politik.

Bagaimanapun Ketua Polis Negara, Razarudin Husain pada 9 Jan lalu mempersoalkan mengapa dakwaan bahawa pembangkang mempunyai bilangan yang mencukupi untuk membentuk kerajaan dibuat oleh mereka yang tidak mempunyai autoriti.

Razarudin berkata, sekiranya dakwaan tersebut benar, sudah tentu ia datang daripada pemimpin parti berkenaan.

“Sekiranya betul nak berlaku (pertukaran kerajaan), ketua parti atau setiausaha akan bawa menghadap Agong ataupun membawa pendedahan di dalam parlimen mengatakan bahawa kita ada sekian nombor, buat undi tak percaya dalam parlimen,” kata Razarudin pada sidang media di Bukit Aman.



Sebelum ini tular dakwaan bahawa Perikatan Nasional (PN) cuba merasuah Yang di-Pertuan Agong sebanyak RM1 bilion bagi merestui usaha tukar kerajaan.

Dakwaan itu dikaitkan dengan Dr Mahathir Mohamad, namun dinafikan oleh bekas perdana menteri itu.

Kelmarin dalam kenyataan media selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong, Anwar mendakwa Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah supaya Kerajaan Madani terus menguruskan negara.

Anwar turut menyebut mengenai derma yang ingin disampaikan mana-mana pihak – sama ada RM500 juta atau RM750 juta – harus disalurkan terus kepada asnaf.



Namun Anwar tidak menjelaskan maksud kenyataan tersebut.

Mengulas lanjut, Hamzah berkata tuduh menuduh tidak akan menyelesaikan masalah dan kerajaan perlu menerima hakikat bahawa mereka juga mempunyai banyak kelemahan dan kepincangan.

“Ketidakcekapan dalam mengurus ini harus diatasi segera.

“Ekonomi yang baik boleh membantu. Mencari dan mencipta kekayaan baru negara juga boleh membantu. Kuasa yang ada gunakanlah untuk menyelesaikan kelembapan ekonomi, bukan menakut-nakutkan pelabur – sama ada pelabur tempatan mahu pun pelabur luar negara,” katanya lagi. Mk



Polis jangan mudah ikut telunjuk – Hamzah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira



“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker