Ziana gelak digelar Datuk

Ziana gelak digelar Datuk

Penyanyi popular, Ziana Zain, 55, menafikan terima tawaran gelaran Datuk seperti berita yang tular dalam media sosial sejak semalam.

Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zain berkata, dia terperanjat dan hanya tertawa apabila ada dalam kalangan rakan-rakan yang mengucapkan tahniah selepas mendengar khabar angin itu.



“Setakat ini, saya masih belum menerima gelaran Datuk, gelaran nenek adalah. Saya memang terperanjat apabila bangun tidur, ada orang ucap tahniah sebab dapat gelaran Datuk.

“Saya jelaskan kepada mereka dan hanya ketawa. Mungkin sesetengah orang marah apabila ada khabar angin tersebar, tetapi saya geli hati.

“Semalam, saya baru dapat berita ini selepas ramai kawan yang memaklumkan. Tiba-tiba mereka kata perlu panggil saya Datuk. Tetapi, apa saya boleh cakap sekarang bukan masa untuk dapat Datuk,” katanya kepada BH Online.

Pelantun lagu Madah Berhelah itu berkata, ia adalah bonus sekiranya benar-benar diberi peluang menerima gelaran Datuk.



“Gelaran Datuk adalah satu anugerah atas pembabitan saya dalam kerjaya nyanyian. Kalau ada saya bersyukur, tetapi kalau tiada pun tak mengapa.

“Cuma, apa yang dirisaukan, kalau saya dapat gelaran Datuk mungkin banyak perkara yang berubah termasuk karakter saya. Disebabkan itu, kalau dapat sekalipun saya akan minta orang panggil saya Ziana macam biasa,” katanya.

Ditanya pandangan sesetengah individu yang menyifatkan dirinya sudah layak menerima gelaran, Ziana positif dan menganggap rezeki masih belum tiba.

Namun, Ziana berkata, keutamaannya kini adalah menyara keluarga.



“Itu pandangan masing-masing sebab saya bukan kejar pangkat. Apa yang lebih penting, mencari duit untuk menyara kehidupan saya dan anak-anak.

“Bagaimanapun, saya terbuka sekiranya ditawarkan gelaran Datuk kerana saya anggap ia adalah satu bonus sepanjang berkecimpung dalam bidang nyanyian.

“Kalau orang luar membezakan mengapa ada lebih muda sudah dapat gelaran Datuk, tetapi saya sebagai artis lama masih belum, itu tidak mengapa dan tak menjadi masalah buat saya,” katanya ketika ditemui pada majlis perkongsian mengenai pembedahan bariatrik oleh Pakar Bedah Perunding dan Pakar Usus dan Bariatrik, Dr Mustafa Mohammed Taher di sebuah restoran di ibu kota di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Ziana bersama beberapa selebriti lain seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Zarina Zainuddin, Datuk Ziela Jalil dan Liza Abdullah berkongsi pengalaman menjalani pembedahan bariatrik bersama Dr Mustafa. BH



Ziana gelak digelar Datuk

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon wanita kantoi bercium dalam kelab malam



Guru skandal dengan ibu murid sendiri

Ayda Jebat lincah menari walau hamil 7 bulan (Video)



Lelaki Iban ‘knock down’ pembuli warga asing (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker