Lagi harimau kumbang masuk perangkap

Tangkap layar video tular seekor harimau kumbang jantan masuk ke dalam perangkap yang dipasang Perhilitan Negeri Sembilan di Kampung Solok Baing, di sini, semalam.

Seekor lagi harimau kumbang jantan masuk ke dalam perangkap yang dipasang di Kampung Solok Baing, di sini, sekitar 11.30 malam, semalam.

Penternak, Badrul Sham Ithnin, 39, berkata, haiwan itu disedari masuk ke dalam perangkap yang dipasang sejak dua bulan lalu itu oleh seorang lagi penternak di perkampungan berkenaan ekoran kambingnya dibaham harimau kumbang.

“Jika diikutkan dua tahun lalu, ada seekor harimau kumbang masuk ke dalam perangkap di kampung ini. Ini merupakan kejadian kali kedua. Saya sendiri sudah menternak lembu sejak 13 tahun lalu.

“Memang sebelum ini kita tahu harimau kumbang ada berhampiran perkampungan ini, namun, harimau kumbang ini tidak berani membaham binatang ternakan.



“Cuma dua tahun kebelakangan ini sahaja haiwan ini makin berani membaham binatang ternakan dan empat ekor anak lembu saya juga menjadi mangsa harimau kumbang ini,” katanya, hari ini.

Ujar Badrul, walaupun sudah dua ekor harimau kumbang jantan masuk ke dalam perangkap, penternak tetap bimbang kerana dipercayai masih terdapat harimau kumbang betina yang berlegar-legar di kawasan berhampiran.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan masih belum memberikan maklum balas berhubung kejadian terbaharu berkenaan.

Untuk rekod, pada 2 April 2021, Kosmo! Online melaporkan kurang dari tempoh sebulan, tiga ekor harimau kumbang sekali lagi masuk ke dalam perangkap yang dipasang Perhilitan Negeri Sembilan termasuk di Kampung Solok Baing, Kendong, 24 Mac 2021.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah



Afiq simpan bukti dicurangi Pachara

Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew



Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker