CEO buat laporan polis diugut dengan pistol, ditampar Datuk Seri “Si Mafia Korporat”

KUALA LUMPUR: Seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat mendakwa diugut dengan pistol selain ditampar seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri yang dikatakan ada kaitan dengan ‘mafia korporat’, minggu lalu.

Kejadian dilaporkan berlaku ketika mangsa berusia 63 tahun itu bertemu suspek serta seorang lagi rakan di sebuah bar di Solaris Dutamas di sini, 6 Jun lalu dan di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor pada Rabu lalu.

Sumber berkata dalam kejadian pertama, mangsa mendakwa diugut dengan pistol kerana menolak desakan dibuat suspek untuk melantik dia dan rakannya sebagai pengarah baharu dalam syarikat mangsa.



Kata sumber, suspek yang berusia 54 tahun didakwa menunjukkan sepucuk pistol yang diselit pada seluar dipakainya sambil mengugut mahu menembak mangsa.

“Dalam pertemuan kedua pula, mangsa dan suspek sekali lagi bertemu dan suspek bertanya mengapa isu pelantikannya sebagai pengarah belum lagi selesai.

“Suspek kemudian mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan dan menampar mangsa menyebabkan berlaku pertengkaran kecil antara mereka sebelum dileraikan seorang rakan,” kata sumber.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berasa keselamatannya terancam, membuat dua laporan polis.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata siasatan berkaitan kes itu sedang dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana membabitkan ugutan jenayah.

Beliau berkata, proses siasatan kes kini diperingkat akhir dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ustaz Dusuki Tegur Puteri Sarah



Afiq simpan bukti dicurangi Pachara

Mondy ‘Influencer’ berduit, netizen kritik Ebit Lew



Cangkul kepala ibu saudara kerana berebut tanah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker