Tersilap Guna Gambarnya Sebagai ‘Muka Wanted’, Influencer Saman Polis RM125.8 Juta

Tersilap Guna Gambarnya Sebagai ‘Muka Wanted’, Influencer Saman Polis RM125.8 Juta

SEORANG influencer media sosial telah menyaman polis sebanyak $30 juta (RM125.8 juta) kerana menggunakan gambar seksinya pada poster untuk mengesan suspek kes rompakan.

Eva Lopez menyaman Jabatan Polis New York (NYPD) selepas mereka menggunakan gambarnya pada poster, sedangkan individu yang sedang diburu adalah seorang pekerja seks.



Wanita berusia 31 tahun itu mendapat tahu dirinya ‘dikehendaki’ polis pada 16 Ogos tahun lalu, selepas seorang rakan memamklumkan kepadanya menerusi mesej.

Lopez, dari New York, Amerika Syarikat, mengabaikan perkara tersebut sehingga majikannya meyakinkannya dan mendesaknya untuk menghubungi polis.

Wanita itu kemudian menghubungi polis memaklumkan kesilapan poster tersebut, dan detektif kemudian memberitahu bahawa poster wajahnya telah pun diturunkan dari halaman Facebook polis New York dan laman web lain, kerana suspek sebenar mempunyai tatu lengan.



“Ia sudah tersebar di media sosial. Ia masih dihebohkan, masih diperkatakan, masih menjadikan saya seperti pencuri dan pelacur,” katanya yang bertegas mahu meneruskan tindakan undang-undang kerana kesilapan berkenaan.

Lopez yang bekerja sebagai pelayan bar juga terpaksa menggunakan media sosialnya untuk membuat penafian kerana ia menjejaskan maruah serta reputasinya. – Daily Star

Tersilap Guna Gambarnya Sebagai ‘Muka Wanted’, Influencer Saman Polis RM125.8 Juta



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru



Wulan Guritno berani berbikini



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker