PM tiba di Qatar untuk lawatan rasmi tiga hari

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disambut Menteri Pembandaran Qatar, Dr Abdullah bin Abdulaziz bin Turki Al-Subaie ketika tiba di Terminal Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Doha, pada Ahad.

DOHA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di sini pada Ahad untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada 3 petang (waktu tempatan).

Ketibaan beliau di Terminal Diraja disambut oleh Menteri Pengiring iaitu Menteri Perbandaran Qatar Dr Abdullah bin Abdulaziz bin Turki Al-Subaie; Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Duta Besar Malaysia ke Qatar, Zamshari Shaharan sebelum memeriksa barisan kawalan kehormat dibarisi Pengawal Istiadat Amiri serta menaiki kenderaan khas.

Esok, Perdana Menteri dijadual melawat Ladang Baladna, iaitu antara ladang ternakan lembu terbesar di rantau itu yang terletak kira-kira 60 kilometer di utara Doha, bagi menyaksikan pertukaran Surat Hasrat (LOI) antara PR1MA dan Lembaga Pelaburan Qatar selain menghadiri sesi libat urus dengan komuniti perniagaan serta Keluarga Malaysia di Doha.



Pada Selasa, Perdana Menteri akan melakukan kunjungan hormat ke atas Emir Qatar Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani sebelum menghadiri majlis makan tengah hari di Amiri Diwan.

Memperkukuh kerjasama Malaysia-Qatar yang terjalin sejak sekian lama merupakan antara agenda utama dan kedua-dua pemimpin dijangka mencarta jalan ke arah kolaborasi ekonomi serta usaha pemulihan pascapandemik selain bertukar pandangan mengenai isu antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Ismail Sabri ke Qatar selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia pada 21 Ogos tahun lepas. -Bernama

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Proton Preve bakal diganti model baru



Wulan Guritno berani berbikini

Pendakwa kemuka 2 tuduhan pindaan terhadap Syed Saddiq



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker