Allahyarham Raymond Goh memandu sendirian ke hospital selepas kebas badan

Allahyarham Raymond Goh memandu sendirian ke hospital selepas kebas badan

“Saya mohon maaf kerana tak dapat beri sebarang komen. Emosi saya belum stabil.”

Demikian reaksi balu Allahyarham Raymond Goh, Faridah Teh pada majlis pengebumian penyampai berita Nightline di TV3 yang menghembuskan nafas terakhir di Petaling Jaya, Selangor, pagi tadi.



Faridah yang berpakaian serba putih dan mengenakan pelitup muka kelihatan sugul dengan ditemani anggota keluarganya.

Bagaimanapun, Faridah merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak media yang hadir pada majlis pengebumian arwah suaminya itu.

“Saya hargai kehadiran anda semua. Sebarang maklumat boleh hubungi penerbit berita slot Nightline,” katanya kepada BH Online di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, petang tadi.

Sementara itu, penerbit Nightline, Amelia Nadia Azaharul Nahar memaklumkan Allahyarham pergi ke hospital bersendirian selepas mengalami kebas pada bahagian kanan badannya.



“Ketika itu, arwah sedang minum bersama rakan-rakan, secara tiba-tiba terasa kebas pada bahagian sebelah kanan badan kanan dan terus pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

“Selepas menjalani rawatan imbasan CT dan doktor memaklumkan keadaannya agak kritikal sebelum ditidurkan,” ujarnya.

Amelia turut menyifatkan Allahyarham seorang insan yang cukup disenangi ramai termasuk rakan sekerja. BH

Allahyarham Raymond Goh memandu sendirian ke hospital selepas kebas badan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelakon janda sondol suami orang



Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah

Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah



Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker