Pemuda Umno lancar memorandum tuntut kaji semula pendakwaan Bossku

Pemuda Umno lancar memorandum tuntut kaji semula pendakwaan Bossku

Pemuda Umno akan melancarkan memorandum supaya kajian semula dijalankan terhadap pendakwaan kes 1MDB Najib Razak.

Ketuanya Dr Akmal Saleh berkata, gerakan itu dibuat susulan “memo dalaman” dikatakan bocor yang mengesyorkan supaya menggugurkan pertuduhan terhadap Najib dan bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Mohd Irwan Serigar Abdullah.



“Pemuda Umno ingin melancarkan satu memorandum keadilan untuk Najib. Tempoh hari Pemuda Umno seluruh negara membuat laporan polis menuntut siasatan kesahihan dokumen (didakwa bocor daripada pasukan pendakwa kepada peguam negara) yang dikeluarkan bagi kes 1MDB dan Syarikat Pelaburan Petroleum Antarabangsa (IPIC).

“Sehingga kini kami masih lagi tidak mendapat respons daripada peguam negara. Maka tindakan selanjutnya lebih agresif, kita akan kumpul seluruh negara untuk kita minta kajian semula kes Najib yang masih lagi dalam tempoh pendakwaan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Pemuda Umno di Menara Dato Onn.

Akmal berkata, memorandum itu akan diserahkan kepada Agong untuk mendapat nasihat dan tindakan susulan.

Awal bulan ini Pemuda Umno membuat laporan polis mendesak siasatan terhadap dakwaan kebocoran “memo dalaman” melibatkan kes 1MDB Najib.



Dokumen itu didakwa “memo dalaman” daripada pasukan pendakwaan IPIC kepada bekas peguam negara, Tommy Thomas, pada September 2019.

Pada 2018, Najib dan Irwan dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah melibatkan dana kerajaan berjumlah RM6.6 bilion, yang didakwa termasuk bayaran kepada IPIC.

Sementara itu, ketika mengulas cadangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Isham Jalil supaya parti tersebut bergerak solo dan “berpisah” dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP pada pilihan raya, Akmal berkata ia perlu diputuskan pucuk pimpinan MKT.

“Esok akan ada mesyuarat MKT…mungkin itu pandangan peribadi Isham. Semestinya sebagai ahli parti segala keputusan perlu diputuskan dalam MKT.



“Tunggu esok jika cadangan itu dipersetujui. Jika tidak ia sekadar pandangan peribadi,” katanya. FMT

Pemuda Umno lancar memorandum tuntut kaji semula pendakwaan Bossku

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pelakon janda sondol suami orang

Allah nak tarik nikmat balik kejap saja – Syafiq Amzah



Ruhainies ditegur pakai seksi nampak lurah

Nur Nilam dedah video intim Azlan Komeng



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker