Harakahdaily mohon maaf kepada Guan Eng

Harakahdaily mohon maaf kepada Guan Eng

Lidah rasmi PAS Harakahdaily memohon maaf atas penerbitan artikel yang mendakwa bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abd Rahman yang baru-baru menyertai parti itu, merupakan bekas penasihat khas Lim Guan Eng.

Menurut Harakahdaily, pihak editorialnya dimaklumkan yang pengenalan serta jawatan yang dikaitkan dengan Mohamed Razali sebagaimana dilapor dalam berita tersebut adalah tidak benar.



“Portal Harakahdaily dengan ini memohon maaf di atas penyiaran berita bertajuk ‘Bekas penasihat khas Guan Eng sertai PAS’ bertarikh 23 Jun 2023.

“Editorial Harakahdaily hanya menggunakan rekod sedia ada dan tidak mengemaskini kesahihan berkenaan dari makluman telah dikemukakan pihak DAP pada 2016 mengenai status jawatan tersebut.

“Oleh itu Harakahdaily merasa kesal di atas kecuaian ini dan dengan setulus hati memohon maaf kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan pihak-pihak yang berkaitan serta menarik balik penyiaran tersebut,” kata media rasmi PAS itu dalam kenyataan hari ini.

Semalam Malaysiakini Setiausaha politik Guan Eng, Lim Wong Hon Wai menuntut Harakahdaily menarik balik artikel tersebut dan berkata Mohamed Razali tidak pernah memegang jawatan itu atau mana-mana jawatan lain seperti yang dilaporkan.



Wong juga berkata Harakahdaily perlu memohon maaf kepada Lim dalam tempoh 48 jam jika tidak ingin dihadapkan dengan tindakan undang-undang.

Selain bekas penasihat khas Lim, artikel itu mendakwa Mohamed Razali pernah menjadi naib ketua Pemuda DAP Pulau Pinang; pegawai khas kepada Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer; pakar strategi DAP; setiausaha publisiti DAP dan ketua DAP Jelutong.

Mohamed Razali pertama kali menyertai DAP pada 2008 dan kemudiannya dipecat pada 2011 apabila menuduh parti itu terlibat dalam konspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian” jika parti itu menjadi kerajaan.

Dia kembali menjadi tajuk berita utama pada 2016 apabila mendakwa DAP disokong dan dibiayai Israel.



Pada masa itu, DAP juga menafikan bahawa Mohamed Razali pernah memegang sebarang jawatan dalam parti itu. Mk

Harakahdaily mohon maaf kepada Guan Eng

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Masya Masyitah pakai stoking jarang nampak peha

Sharifah Sakinah komen netizen yang mahu jilat tubuhnya



Komen Puteri Balqis mengenai isu bergaduh di media sosial

Syamsul, Ira Kazar tertekan punca fail saman terhadap JAWI, MAIWP



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker