Anthony Loke beritahu depan Presiden UMNO dalam kongres DAP “Kami bukan parti komunis”

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke, ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Persidangan DAP 2023 di sini, hari ini dengan memberi jaminan kepada UMNO, bahawa parti itu akan sentiasa mengambil pendekatan sederhana dalam melaksanakan dasar dan keputusan politik berpaksikan Perlembagaan Persekutuan.

Persidangan DAP kali ini turut mencatatkan sejarah apabila untuk pertama kalinya ia dihadiri oleh Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Loke menegaskan, DAP bukan komunis sebaliknya mengambil pendekatan politik yang mengamalkan doktrin ‘pertengahan kiri’ berasaskan ideologi sosial demokrasi.



“Saya nak beritahu kepada rakan baharu daripada Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO bahawa DAP akan sentiasa mengambil pendekatan sederhana dalam dasar kita, keputusan kita dan dalam politik kita.

“Kami bukan parti komunis, kami adalah ‘center left’ (pertengahan kiri), DAP berpaksikan kepada Perlembagaan Persekutuan, termasuk perjuangannya dan objektifnya.

“Jadi tak perlu ada kebimbangan dalam kalangan masyarakat Melayu terhadap DAP kerana perjuangan parti ini pertamanya mengikut lunas undang-undang, kita pertahankan Perlembagaan Persekutuan dan berlandaskan prinsip Rukun Negara,” katanya.

Loke berkata, sudah tiba masa untuk semua parti yang mendukung Kerajaan Perpaduan turut sama mengambil pendekatan sederhana bagi memastikan kerajaan terus menjadi dukungan dan pilihan majoriti rakyat.



Jelasnya, pendekatan politik sederhana itu boleh menjadi kuasa besar yang mampu menewaskan politik ekstrem pihak lawan.

“Sekali lagi saya mengulangi bahawa tidak salah untuk DAP mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang mana prinsip jelas berkenaan isu sensitif ditakrifkan iaitu Islam agama Persekutuan tetapi kebebasan agama untuk ajaran lain sentiasa dipertahankan.

“Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan tetapi tidak melarang bahasa lain diamalkan, kedudukan Perkara 153 (hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera) serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu, memang tidak menjadi pertikaian,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia tidak boleh dipimpin oleh pemimpin yang mengamalkan pendekatan ekstrem.



Katanya, Kerajaan Perpaduan yang didukung 19 parti politik adalah satu-satunya pilihan untuk memastikan Malaysia bangkit semula dan mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi serta sosial.

“Ini adalah satu-satunya kerajaan inklusif dan benar-benar mewakili aspirasi seluruh rakyat Malaysia.

“Misi dalam Kerajaan Perpaduan ialah memastikan perpaduan ini berjaya kerana bagi DAP, kerajaan inilah satu-satunya pilihan untuk memastikan Malaysia bangkit semula dan membina semula negara kita,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon



Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri

Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya



Mencarut sebelum meninggal dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker